Untuk Mac yang Penuh Perisa seperti Biskut Mentega
Selasa, Mac 01, 2022
Assalamualaikum.
Salam 1 Mac. Satu lagi bulan baharu yang bakal kita semua tempuh. Semoga setiap hari yang akan dilalui penuh warna, penuh perisa dan tidak dibayangi perkara-perkara negatif. Saya doakan kalian sentiasa dilindungi Allah, dijauhi dari jangkitan wabak, penyakit dan musibah. Khuatir juga apabila melihat semakin ramai orang keliling yang positif Covid. Apapun, jagalah diri masing-masing sebaik mungkin!
Ada siapa-siapa sambut hari lahir bulan ini? Untuk Mac, saya perlu siapkan 17 keping kad hari lahir. Tujuh keping tempahan dari orang manakala selebihnya saya ingin hantar kepada keluarga dan kenalan. Ramai juga orang yang saya kenal lahir bulan tiga. Cekengah pun salah seorang March babies.
Buat Honey Butter Biscuits
Pagi ini saya semangat memulakan hari. Setelah sarapan, duduk menghadap kerja dengan senyum lebar di bibir. Sebab apa? Sebab dari dapur ada aroma semerbak yang mengitari ruang rumah. Saya bakar biskut mentega madu (honey butter biscuits) untuk fika.
Lihat: Resepi Honey Butter Biscuits ala Texas Chicken
Dengar 'ting' bunyi oven, terus bergegas bancuh kopi. Biskut mentega bermadu sedap dinikmati panas-panas. Makan sambil hirup kopi. Kopi saya hari ini pakai susu badam yang saya buat sendiri. 😎
Teman mulut untuk sambung kerja 😊 |
Chords Tumpang Lalu - Tomok feat Kilafairy (OST Tumpang Lalu Bang)
Isnin, Februari 28, 2022
Lagu Tumpang Lalu nyanyian Tomok dan Kilafairy ini merupakan salah satu daripada runut bunyi untuk drama Tumpang Lalu Bang yang mula ditayangkan awal Februari.
Saya tidak ikuti drama tersebut tetapi beberapa kali juga dengar lagu ini. Comel pulak 😊 Easy chords Tumpang Lalu di bawah ya. Selamat berdendang!
Kord Gitar From FAMF Tower |
Kord Gitar dan Lirik Tumpang Lalu - Tomok feat Kilafairy (OST Tumpang Lalu Bang)
[Intro]
Am
Am Em
Kali pertama bersua
Dm Am F
ku terus jatuh cinta kepadamu
G C
rindukan dirimu
Kek-kek Sambut Hari Tua
Jumaat, Februari 25, 2022
Assalamualaikum.
Jumaat lepas, hari lahir saya. Sambut kecil-kecil sahaja. Tahun ini kami tidak cukup kuorum. Adik lelaki dan adik ipar saya tiada di Malaysia. Jadi hujung minggu tu balik kampung sekejap jumpa Cekebon dan Cekengah, makan-makan di sana.
Alhamdulillah, tahun ni dapat beberapa biji kek hari lahir. Semua sedap! Saya kongsi di sini mana tahu kalian boleh cuba untuk makan-makan atau keraian istimewa pada masa akan datang.
From Dubai with Love
Kek pertama saya kiriman orang jauh. Kendatipun tiada di Malaysia buat masa ini, adik ipar saya hantar kejutan kek hari lahir!
Valrhona Caraibe Hazelnut Praline |