Kord Gitar Maaf - Izmir Fareez

Khamis, Jun 09, 2022

Lagu Maaf ini merupakan single nyanyian Izmir Fareez yang juga merupakan seorang pendakwah bebas, dikeluarkan sekitar bulan April yang lalu. Lirik Maaf ditulis oleh Izmir Fareez sendiri manakala melodinya gubahan Akmalul Azmi.

Maaf berkisar tentang isu kekeluargaan, lebih tepat lagi mengenai hubungan sepasang suami isteri. Si suami jenis yang tidak pandai hargai isteri akhirnya menyesal kerana tidak sempat meminta maaf setelah ketiaadaan isterinya.

Kord gitar Maaf dalam kord mudah. Selamat berdendang!

Kord Gitar From FAMF Tower

Wordless Wednesday - Kirana Jun

Rabu, Jun 01, 2022

0622

 


Anak Aku dah Nangis | Satu K atau Dua

Isnin, Mei 23, 2022

“Anak aku dah nangis! Satu k atau dua?”

“Kebanyakan atau kebanyakkan?”

“Keesokan atau keesokkan?”

Semalam, pagi-pagi lagi saya terima panggilan video daripada seorang teman.

Sandwic dan Sandwic Lagi

Ahad, Mei 22, 2022

Semalam ketika sedang lihat gambar-gambar di galeri telefon, saya sedar satu perkara - belakangan ini saya banyak makan sandwic! 

Bermula dari makan beef brisket sandwich lettuce and peanut butter on the side yang saya buat entri WW dua minggu lalu, selang sehari memang akan makan sandwic. 

Mungkin kerana dua tiga minggu ini agak sibuk buat kerja suntingan dan terjemahan, apabila tiba masa untuk makan, sandwic jadi pilihan saya sebab senang. Tidak perlu fikir banyak. Hendak sediakan hidangan roti ini tidak mengambil masa yang lama. Kalau tunjuk-tunjuk dalam aplikasi Grab lagilah... tinggal tunggu roti sampai di hadapan pintu sahaja 😂


Sandwic Kacang Kuda

Sandwic kacang kuda

This is my favourite go-to sandwich jika di rumah. Saya memang selalu ada kacang kuda rebus di dalam peti ais untuk snacking. Jadi, apabila sudah lapar dan ingin sesuatu yang cepat dan mengenyangkan, saya lenyek sedikit kacang kuda untuk dijadikan inti sandwic. Tetapi sandwic di atas tidak cukup bahan. Daun salad tiada. Cuma kacang kuda, hirisan cili hijau, tomato yang didadu, perahan jus limau, chilli flakes dan sedikit tuna spread yang disapu di atas kedua-dua roti.

Lihat resepi sandwic kacang kuda saya di sini.

Sandwic Telur


Sandwic telur mudah


Sandwic telur saya guna resepi biasa sahaja. Telur direbus, kemudian dilenyek dengan sedikit mayones sebelum diperasakan dengan serbuk lada putih dan garam. Roti saya guna kepingan Gardenia Sommerset Cottage Multi Grain & Seeds. Saya suka roti ni. Sedap! Sapu dengan mentega kemudian bakar sekejap biar garing sedikit. Susun daun salad, letak campuran telur lenyek tadi... siap!


Egg Club Sandwich Coffee Bean


Egg Club Sandwich

Sandwic telur lagi! 😊 Ini sebenarnya sarapan Bott. Dia makan setengah je. Saya dah selamat habiskan Jalapeno Cheese Salmon Bagel saya. Baki egg club sandwich ni saya jadikan hidangan merarap. Dah soggy sedikit, tetapi tetap sedap!


Sandwic Tuna, Lemon dan Lada Hitam

Sandwic tuna

Masa ini memang betul-betul tengah lapar. Terus capai tuna dalam tin, perasakan dengan perahan jus lemon, serbuk lada hitam dan garam. Bakar roti, letak daun salad, hirisan tomato dan hirisan cili api sebab nak something spicy. Bila tergigit cili tu, fuhhh! Terangkat!


Sandwich atau sandwic?

Alang-alang sudah buka cerita tentang sandwic, saya sentuh pasal ejaan sebenar sandwich sekali ya. Kita kongsi ilmu sama-sama. Tahu tak mana satu yang betul - sandwich atau sandwic?

Ejaan yang tepat ialah sandwic. 

Huruf h di hujung digugurkan. Boleh rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau Laman Web Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

Sentuh tentang penjodoh bilangan pula. Disebabkan sandwic diperbuat daripada dua keping (atau lebih) roti, penggunaan sekeping untuk sandwic adalah kurang tepat. Disarankan guna potong atau set (biasanya sandwic dibelah kepada dua bahagian, bukan?)


Kalian suka sandwic apa? Ada tak mana-mana sandwic sedap yang boleh disarankan? Mana tahu episod makan sandwic saya ini melarat hingga ke minggu-minggu depan.


Selamat menikmati hari!