Semalam ketika sedang lihat gambar-gambar di galeri telefon, saya sedar satu perkara - belakangan ini saya banyak makan sandwic!
Bermula dari makan beef brisket sandwich lettuce and peanut butter on the side yang saya buat entri WW dua minggu lalu, selang sehari memang akan makan sandwic.
Mungkin kerana dua tiga minggu ini agak sibuk buat kerja suntingan dan terjemahan, apabila tiba masa untuk makan, sandwic jadi pilihan saya sebab senang. Tidak perlu fikir banyak. Hendak sediakan hidangan roti ini tidak mengambil masa yang lama. Kalau tunjuk-tunjuk dalam aplikasi Grab lagilah... tinggal tunggu roti sampai di hadapan pintu sahaja 😂
Sandwic Kacang Kuda
Sandwic kacang kuda |
Sandwic Telur
Sandwic telur mudah |
Egg Club Sandwich Coffee Bean
Egg Club Sandwich |
Sandwic Tuna, Lemon dan Lada Hitam
Sandwic tuna |
Masa ini memang betul-betul tengah lapar. Terus capai tuna dalam tin, perasakan dengan perahan jus lemon, serbuk lada hitam dan garam. Bakar roti, letak daun salad, hirisan tomato dan hirisan cili api sebab nak something spicy. Bila tergigit cili tu, fuhhh! Terangkat!
Sandwich atau sandwic?
Alang-alang sudah buka cerita tentang sandwic, saya sentuh pasal ejaan sebenar sandwich sekali ya. Kita kongsi ilmu sama-sama. Tahu tak mana satu yang betul - sandwich atau sandwic?
Ejaan yang tepat ialah sandwic.
Huruf h di hujung digugurkan. Boleh rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau Laman Web Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
Sentuh tentang penjodoh bilangan pula. Disebabkan sandwic diperbuat daripada dua keping (atau lebih) roti, penggunaan sekeping untuk sandwic adalah kurang tepat. Disarankan guna potong atau set (biasanya sandwic dibelah kepada dua bahagian, bukan?)
Kalian suka sandwic apa? Ada tak mana-mana sandwic sedap yang boleh disarankan? Mana tahu episod makan sandwic saya ini melarat hingga ke minggu-minggu depan.
Selamat menikmati hari!
SA suka jer buat sandwich macam- macam...macam manarik sandwich kacang kuda tu...nanti nak cuba buat la...
BalasPadamSenang kan, kak... bahan-bahan kita korek peti sejuk je. Selamat mencuba buat sandcwic kacang kuda, Kak SA!
PadamKacang kuda kunyah2 feberett ☺️
BalasPadamsandwish biasa nk blk kg Pg2 mesti buat utk bekal. mkn dlm kereta.Sandwish telur dan tuna dlm tin kesukaan somi.
wah..sandwic kacang kuna..nice, leh try nanti.. tq for sharing the recipe.. :-)
BalasPadamHari hari makan sandwich pun sedap kak Farrah. Boleh pelbagaikan isinya tu. Terpaling tempting tengok sandwich yang kaya tuna flakes dengan cili. Sedap tu!
BalasPadamsandwich tuna selalu jd pilihan saya. yg penting jgn pedas hehhe
BalasPadam