Memaparkan catatan dengan label Sandwich and Toast. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sandwich and Toast. Papar semua catatan

Sandwic dan Sandwic Lagi

Ahad, Mei 22, 2022

Semalam ketika sedang lihat gambar-gambar di galeri telefon, saya sedar satu perkara - belakangan ini saya banyak makan sandwic! 

Bermula dari makan beef brisket sandwich lettuce and peanut butter on the side yang saya buat entri WW dua minggu lalu, selang sehari memang akan makan sandwic. 

Mungkin kerana dua tiga minggu ini agak sibuk buat kerja suntingan dan terjemahan, apabila tiba masa untuk makan, sandwic jadi pilihan saya sebab senang. Tidak perlu fikir banyak. Hendak sediakan hidangan roti ini tidak mengambil masa yang lama. Kalau tunjuk-tunjuk dalam aplikasi Grab lagilah... tinggal tunggu roti sampai di hadapan pintu sahaja 😂


Sandwic Kacang Kuda

Sandwic kacang kuda

This is my favourite go-to sandwich jika di rumah. Saya memang selalu ada kacang kuda rebus di dalam peti ais untuk snacking. Jadi, apabila sudah lapar dan ingin sesuatu yang cepat dan mengenyangkan, saya lenyek sedikit kacang kuda untuk dijadikan inti sandwic. Tetapi sandwic di atas tidak cukup bahan. Daun salad tiada. Cuma kacang kuda, hirisan cili hijau, tomato yang didadu, perahan jus limau, chilli flakes dan sedikit tuna spread yang disapu di atas kedua-dua roti.

Lihat resepi sandwic kacang kuda saya di sini.

Sandwic Telur


Sandwic telur mudah


Sandwic telur saya guna resepi biasa sahaja. Telur direbus, kemudian dilenyek dengan sedikit mayones sebelum diperasakan dengan serbuk lada putih dan garam. Roti saya guna kepingan Gardenia Sommerset Cottage Multi Grain & Seeds. Saya suka roti ni. Sedap! Sapu dengan mentega kemudian bakar sekejap biar garing sedikit. Susun daun salad, letak campuran telur lenyek tadi... siap!


Egg Club Sandwich Coffee Bean


Egg Club Sandwich

Sandwic telur lagi! 😊 Ini sebenarnya sarapan Bott. Dia makan setengah je. Saya dah selamat habiskan Jalapeno Cheese Salmon Bagel saya. Baki egg club sandwich ni saya jadikan hidangan merarap. Dah soggy sedikit, tetapi tetap sedap!


Sandwic Tuna, Lemon dan Lada Hitam

Sandwic tuna

Masa ini memang betul-betul tengah lapar. Terus capai tuna dalam tin, perasakan dengan perahan jus lemon, serbuk lada hitam dan garam. Bakar roti, letak daun salad, hirisan tomato dan hirisan cili api sebab nak something spicy. Bila tergigit cili tu, fuhhh! Terangkat!


Sandwich atau sandwic?

Alang-alang sudah buka cerita tentang sandwic, saya sentuh pasal ejaan sebenar sandwich sekali ya. Kita kongsi ilmu sama-sama. Tahu tak mana satu yang betul - sandwich atau sandwic?

Ejaan yang tepat ialah sandwic. 

Huruf h di hujung digugurkan. Boleh rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau Laman Web Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

Sentuh tentang penjodoh bilangan pula. Disebabkan sandwic diperbuat daripada dua keping (atau lebih) roti, penggunaan sekeping untuk sandwic adalah kurang tepat. Disarankan guna potong atau set (biasanya sandwic dibelah kepada dua bahagian, bukan?)


Kalian suka sandwic apa? Ada tak mana-mana sandwic sedap yang boleh disarankan? Mana tahu episod makan sandwic saya ini melarat hingga ke minggu-minggu depan.


Selamat menikmati hari!


Wordless Wednesday - Peanut Butter On The Side

Rabu, Mac 09, 2022

 

Beef brisket sandwich, lettuce and peanut butter on the side 🤤


Sandwic Cendawan Roti Parmesan Oregano

Isnin, Disember 14, 2020

Assalamualaikum. 

Hari ini entri resipi mudah tetapi miliki keenakan berganda! Sandwic Cendawan. Apa yang istimewanya hidangan sandwic saya kali ini ialah bahan tambahan yang digunakan seperti hirisan ayam dan hirisan saderi. Selalu jika buat sandwic cendawan, saya hanya guna cendawan shitake, bawang besar dan lada benggala sahaja. Kemudian, tambah perasa seperti sos tiram dan lada hitam. Boleh intai resepi di sini.


Selain daripada itu, pilihan roti saya juga berbeza. Kebiasaannya, saya akan guna roti fibre atau baguette yang dipotong serong memanjang. Tetapi, kali ini saya guna roti parmesan oregano yang dibeli di La Boheme Bakery. Memang jatuh cinta dengan roti ini. Dahlah lembut, wangi je bau parmesan dan oregano menyapa hidung 😉



Resepi Sandwic Cendawan yang Sedap dan Mudah Disediakan


Inti sandwic cendawan

Resepi Sandwic Kacang Kuda

Khamis, November 26, 2020

Assalamualaikum. 

Tercari-cari menu menarik untuk dicuba? Apa kata kalian pertimbangkan sandwic kacang kuda saya ini. 

Sebut tentang kacang kuda (turut dikenali dengan nama chickpeas dan garbanzo beans), ini merupakan antara bahan yang tidak putus bekalannya dalam pantri saya. Macam-macam resepi yang boleh diolah dengan kacang ini. Hidangan India, Timur Tengah, Mexico, bergantung pada selera.

Selain itu, kacang kuda sangat sesuai untuk yang sedang berdiet atau jaga pemakanan. Terutama sekali bagi yang amalkan diet suku suku separuh atau clean eating. Kandungan indeks glisemiknya rendah, jadi tidak akan spike kandungan gula dalam darah malah buat kita rasa lebih kenyang. 

Saya selalu rebus kacang kuda untuk dijadikan snek antara waktu makan. Daripada kita makan chips dan jajan yang bukan-bukan, baiklah nikmati kacang kuda rebus. Craving satisfied, pengambilan kalori harian pun tidak terbabas 😆.

Resepi sandwic kacang kuda di bawah ini lazimnya jadi menu sarapan saya. Saya buat yang simple sahaja. Cuma sesekali jika inginkan kelainan, barulah ditambah rempah dan ramuan tertentu untuk imitate rasa ala ala mexican food.


Buat Sandwic Cendawan

Rabu, Disember 28, 2016

Siapa suka sandwic cendawan? Sedap kan? Saya paling suka letak inti penuh-penuh dan padat. Nak buat pun mudah sahaja. Ikut citarasa masing-masing. Tak ada sukatan yang spesifik. Untuk inti sandwic cendawan di bawah, saya gunakan cendawan shitake, lada benggala hijau dan bawang besar. Saya lebihkan portion cendawan shitake dan hirisan bawang. Seasoning saya guna sedikit garam, serbuk lada hitam dan sos tiram.


Bersedia untuk 'dikapit' dengan roti :)

Mula-mula, hiris semua bahan. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak masak. Tumis bawang hingga naik bau dan caramelized. Masukkan pula cendawan dan lada benggala. Perasakan dengan sos tiram, garam dan serbuk lada hitam. Alternatively, jika tidak mahu menggunakan sos tiram, boleh letak sedikit kicap bersama lada hitam, letak Worcestershire sauce atau BBQ sauce.

Hidangkan dengan roti pilihan yang dibakar dengan sedikit sapuan mentega. Selalunya saya makan begitu sahaja. Dah sedap dah! Jika suka, bolehlah tambah sos cili, mustard dan mayones. 

Ingin cuba resepi sandwic yang lain?

Resepi Mudah - Sandwic Terung

Selasa, September 08, 2015

Ini entri susulan My Gridle Pan :) Saya grilled hirisan terung untuk buat sandwic terung yang yummy! Jom tengok resepi mudahnya. Nanti boleh cuba buat untuk tukar-tukar selera.

Grilled Eggplant Sandwic For Two

Nutella Cheese Toast Sandwich

Ahad, Januari 04, 2015

Gloomy day? Not for me! Hehehe pagi Ahad mood ceria sampai ke langit lepas sarapan. 😊 Hari ini saya usahakan apa yang ada di dalam peti sejuk sahaja untuk buat hidangan sarapan. Gara-gara malas bersiap untuk keluar.


Alhamdulillah. Inilah hasilnya - Nutella Cheese Toast Sandwich. Roti bakar keju bersapu Nutella.

Nutella Cheese Toast Sandwich

Senang sahaja cara untuk menyediakan hidangan roti bakar keju ini. 

Bahan-bahan yang diperlukan - roti potong, keju keping (saya guna jenama Mother’s Choice), parsley dan sapuan Nutella. Jika hendak guna sapuan coklat atau mentega kacang pun boleh. Tiada daun parsley, gantikan dengan hirisan daun bawang. Then, of course kita perlukan sandwich maker.


Dalam proses … 😊

Ambil dua keping roti. Di atas salah satu roti, letakkan keju keping dan taburkan hirisan daun parsley sesuai selera. Katup dengan roti yang satu lagi. Boleh juga sapu sedikit mentega pada bahagian dalam dan luar roti, tapi saya tidak letak :) 

Kemudian, bakar roti menggunakan sandwich maker. This will take about 2 or 3 minutes (depends on your sandwich maker). Setelah siap, sapukan bahagian luar roti dengan Nutella semewahnya. 

Potong kepada dua bahagian. Sedia untuk dinikmati!

Alhamdulillah. Sedap dan yang penting, mengenyangkan! Rasa lemak keju yang mencair pada roti bakar garing, ditambah pula dengan sapuan coklat kacang hazel… memang betul-betul menyelerakan.

Sarapan yang berbaloi untuk memulakan hari dengan ceria. 😊

Have a blessed Sunday!