Salad Ringkas Baby Butterhead dan Kruton

Khamis, Oktober 27, 2022

Antara daun salad kegemaran saya ialah baby butterhead. Baru-baru ni semasa singgah Lotus’s untuk beli barang, jumpa daun salad ni di bahagian reduced to clear. Murah. Keadaan masih okey dan segar lagi. Saya pun ambil beberapa pek.

Sementara baby butterhead yang dibeli masih elok dan boleh dimakan, saya sediakan salad ringkas seperti bawah ini. Ada kruton yang saya buat beberapa hari lalu. Masuk sekali sebagai bahan tambahan untuk extra crunch

Baby butterhead salad with croutons

Kotak-kotak untuk Pindah

Isnin, Oktober 24, 2022

Assalamualaikum. Apa khabar? Puas atau tidak bercuti hujung minggu + cuti keraian Deepavali? Ada yang balik kampung?

Saya tidak ke mana-mana. Kalau keluar pun sekadar keluar pergi makan. Selebihnya, duduk rumah lawan renung mata dengan kotak-kotak. 😂

Kotak untuk pindah 😐

Saya beli banyak kotak sebab akan berpindah tidak lama lagi. Semua beli atas talian sahaja. Malas hendak pening kepala. Baru batch pertama yang tiba. Mujurlah adik kurier baik hati tolong hantar sampai masuk dalam rumah. Berat juga kotak-kotak ni. Dibuatnya ditinggalkan sahaja di pagar hadapan, tercungaplah saya hendak heret masuk. 

Wordless Wednesday - Kurtasar Datang Lagi

Rabu, Oktober 19, 2022

 

Kisah Kurtasar di sini 😂


Satu Kilo Satu Kilo

Selasa, Oktober 18, 2022

Assalamualaikum. Hari ini cerita tentang pembelian satu kilo satu kilo saya. Apa yang satu kilo? Semasa jualan 10.10 baru-baru ini, saya banyak beli barang makanan. Selain tawaran harga yang menarik, ada juga beberapa produk dalam cart yang boleh dapat lebih potongan dengan coins. Jadi, saya belilah groceries dan barang rumah mana yang perlu. Buat tambah stok.


Beras Super Special Tempatan 3A | Beras Susyi

Antara pembelian satu kilo saya ialah beras Super Special Tempatan. Beli runcit satu kilo satu kilo begini lebih praktikal. Saya jarang-jarang beli beras biasa pembungkusan 5 atau 10 kilogram sebab di rumah ni kami guna beras ponni. 

Beras biasa guna apabila hendak masak bubur dan nasi himpit sahaja. Tak berbaloilah andai beli sampai 5 kilogram sebab nanti rosak dimakan bubuk sebelum sempat habis digunakan. Masak bubur banyak mana je kita guna, kan? Jadi, lazimnya memang akan beli dua atau paling banyak tiga kilo sahaja. 


Beras Super Special Tempatan dan Beras Calrose