Teropong dari Jauh

Khamis, Februari 08, 2024

Assalamualaikum. Setelah sekian lama, akhirnya saya kembali bersiaran! Alhamdulillah, berjaya memboloskan diri masuk tower yang berbulan-bulan terbiar dan terbitkan entri pertama untuk tahun ini. Ini pun, dah ingat-ingat lupa bagaimana nak publish entri blog.

Apa khabar, kawan-kawan? Sihat? Semua OK setakat ini? Maaf, sudah lama saya tidak kunjungi kalian bertanya khabar berita. Main intai-intai dan teropong dari jauh sahaja. 😂 

Insya-Allah, selepas ini kita jejak kasih ya. Ada rezeki boleh ngopi sama-sama. 

Yuri dengan tilam baharu 😆


Wordless Wednesday - Panettone

Rabu, Disember 13, 2023

Panettone

 

Kad Ucapan Tahniah

Selasa, November 14, 2023

Antara entri blog yang semakin jarang saya tulis ialah entri berkenaan seni dan kraf terutamanya kad ucapan handmade yang saya buat. Selalu lupa hendak ambil gambar hasil akhir. Kadang-kadang tu, gambar sudah ada… saya lupa tulis entri mengenainya.

Kad ucapan tahniah ini telah saya siapkan beberapa bulan lepas. Belakangan ini memang tidak ambil sebarang tempahan kad. Insya-Allah, apabila ada kelapangan kelak, barulah buka untuk tempahan semula.

Congratulations Card

Bahagian hadapan kad.

Betulkan Halaman Buku Tulis yang Tercabut

Isnin, November 13, 2023

Assalamualaikum. Selamat memulakan minggu baharu. Selamat bersantai dan beristirahat.

Kalian biasa atau tidak lihat buku tulis atau buku latihan anak-anak tercabut di bahagian tengah? Terpisah terus halaman dari buku. Biasalah, anak-anak kita ni… kadang-kadang terlasak lebih, terkasar lebih, buku dah tak jadi buku. Sakit mata juga tengok halaman yang tercabut tu. 😂

Inilah kerja saya petang semalam. Tolong baiki buku-buku anak seorang teman. 


Buku yang telah siap dibaiki.

Dahulu, semasa buat tuisyen, inilah kerja saya saban minggu. ‘Pulihara’ buku si cilik. Ada sahaja calon-calon yang datang dengan muka comel bawa buku. Jika buat begini, dapatlah kita satukan semula halaman-halaman yang tercabut. Tidaklah tercicir-cicir ilmunya.

Untuk baiki buku tulis yang muka suratnya ‘terpisah nyawa dari badan’, kita hanya perlukan pengokot (stapler), jalur kertas dan getah pemadam. 

Ingin tahu lebih lanjut? Saya pernah tulis entri mengenainya suatu masa dahulu. Jemput baca di sini.