Bawa Hatiku Bersama Kamu - Khai Bahar (Easy Guitar Chords)

Selasa, Jun 04, 2024

Lagu Bawa Hatiku Bersama Kamu, nyanyian Khai Bahar memang boleh layan. Buah tangan terbaharu daripada Ajai ini, gubahan melodinya sedap didengar. Kord gitar Bawa Hatiku Bersama Kamu telah saya transposed ke versi mudah. 


Kord Gitar From FAMF Tower

Sunshine Hokkaido Milk Bread

Ahad, Jun 02, 2024

Assalamualaikum. Salam santai Ahad! 

Hari ini, pagi-pagi lagi saya ke My News mencari roti buku untuk sarapan. Sekarang saya suka makan roti Sunshine Bakeries - Australian Oat Soft Grain Wholemeal. Di tempat saya, roti ini hanya ada dijual di My News.

Sudah jumpa roti yang diinginkan, ternampak pula adik-beradiknya - Hokkaido Milk Bread. Terus senyum sampai telinga! Roti susu! Selalu susah nak jumpa sebab asyik habis. Sewaktu roti buku ini viral suatu ketika dahulu, lagilah payah nak nampak bayangnya. Kali ini ada rezeki untuk bawa balik sebuku.

Sunshine Hokkaido Milk Bread

Dah pernah rasa roti Hokkaido Milk? Rotinya lembut dan gebu, lemak bersusu. Tidak perlu sapuan jem atau lepa kacang, makan kosong begitu sahaja pun boleh habis sekeping dua.

Kalau ingin lebih sedap, boleh cuba cara saya. Kita buat sandwic keju bakar. 

Ambil dua keping roti Hokkaido Milk, sapukan kedua-dua belah sisi roti dengan mentega. Masak kedua-dua sisi di atas kuali leper sehingga roti jadi garing sedikit. Setelah itu, satukan roti, letakkan hirisan keju potong dan taburan daun bawang di antara dua roti tersebut. 

Biarkan lagi di atas kuali leper dalam beberapa minit supaya kejunya mencair. Agak-agak keju dah cair dan tekstur roti menjadi garing-garing ikut tahap yang kalian suka, bolehlah diangkat rotinya. 

Sedap sangat!


Eh, sibuk cerita tentang Hokkaido Milk Bread, lupa pula tentang roti Australian Oat saya. Ini rotinya. Lupa nak ambil gambar tadi. Import gambar dari Sunshine Bakeries jelah.

Australian Oat Soft Grain


Lebih sedap dan lebih lembut daripada roti fibre Gardenia yang pembungkusannya berwarna hijau tu. Biasanya, saya tukar-tukar antara dua jenis roti ini untuk dimakan di rumah. 

Bagi yang hendak diet guna roti wholemeal, bolehlah pertimbangkan roti Astralian Oat Soft Grain juga.


Kord Gitar Mantan - Repvblik (Easy Chords)

Kord gitar mudah lagu Mantan, dendangan kumpulan Repvblik.

Selamat berdendang!

Kord Gitar From FAMF Tower

Menu Hari Ini - Sambal Udang | Kari Terung Kacang Kuda

Sabtu, Jun 01, 2024

Assalamualaikum. 

Selamat berhujung minggu. 

Selamat bercuti panjang. Jalan-jalan ke mana hari ini?

Hari ini, saya sekadar berehat di rumah. Semalam dan Khamis, dua hari di Menara KWSP, sertai pop-up booths di sana. Duduk lepak jaga booth je (dan jalan-jalan shopping dekat booth orang lain 😂), tetapi penat saya mengalahkan buruh yang kerja buat rumah! Puas kena gelak dengan Bott dan Cekengah. 

Dari pagi terlepek je tak buat apa-apa. Perut dah mula berdengung baru bangun masak. Hari ini saya masak sambal. Ada satu bekas udang di dalam peti dingin beku. Saya sambalkan. Lagipun, sudah lama benar tak makan sambal udang.


Sambal tengah posing dalam kuali.


Dah siap!

Sambal udang saya, sedia untuk dinikmati.

Kari Terung Kacang Kuda

Lauk kedua saya, kari terung bulat dengan kacang kuda. Asalnya, terung bulat tu saya hendak buat piza terung. Tetapi, dari hari ke hari tangguh, dah nak kecut dah terungnya. Sebelum busuk, baiklah dimasak segera. 

Kari Terung Bulat dengan Kacang Kuda

Kari terung kacang kuda saya ini tidak guna santan. Sengaja buat banyak sedikit. Boleh simpan kuahnya untuk makan dengan roti canai atau roti puri. 

Kalian makan apa tengah hari tadi? 

Ada siapa-siapa yang pergi konsert Melly Goeslow malam nanti? Kalau jumpa minah pakai jubah Slytherin, feeling2 student sekolah magis Harry Potter, cubalah tegur. Mana tahu kalian duduk dekat-dekat dengan Cekengah dan teman-temannya. Cakap Along kirim salam eh. 😂

Enjoy your long weekend!