Kaserol Susyi | Susyi Himpit
Khamis, Disember 05, 2024
Assalamualaikum. Hari ini cerita tentang kaserol susyi. Kemas pantri tempoh hari, saya jumpa lebihan beras susyi. Baiklah dimasak sebelum beras rosak. Saya pun intai-intai tengok bahan lain apa yang ada - tuna spread 1 tin, sepek kepingan seaweed, cuka susyi… wasabi dan mayones ada di dalam peti sejuk… okey boleh buat susyi! Lagipun mulut dan perut memang tengah ‘sunyi’. 😅
Disebabkan saya malas hendak gulung-gulung susyi, saya buat sushi casserole. Lebih mudah! Hendak panggil susyi himpit pun boleh. Nasi susyi yang telah dimasak, digaulkan rata dengan cuka susyi. Setelah itu, nasi tadi dimasukkan ke dalam bekas dalam keadaan panas-panas lalu dipadat-padatkan. Lebih kurang macam buat nasi himpit tu. 😊 Biarkan seketika sehingga nasi sejuk.
| Lapisan mayones dan tuna spread. |
