Tauhu Pop Cecah Kuah Pecal

Jumaat, Mac 14, 2025

Pada asalnya, saya rancang mahu buat kuih getas sebagai pencuci mulut untuk berbuka. Tetapi, apabila buka peti ais, nampak tauhu… terus terbayang Tauhu Pop. Bulan-bulan puasa ni, aktif betul otak menghantar input tentang makanan. 🤣

Tauhu goreng yang teksturnya rangup krup krap krup krap di luar, lembut di dalam. Dinikmati pula dengan kuah sambal kicap yang pekat dan pedas. Fuhhh, terangkat! Yummehh!

Okey, kita lupakan kuih getas buat sementara waktu. Itu masuk menu untuk esok atau lusalah. 😊


Tauhu Pop siap! Jom intai resepi!

Tauhu Pop untuk berbuka puasa. 😊

Buka Puasa | Mixed Kebab with Fries

Khamis, Mac 13, 2025

Assalamualaikum. Salam Ramadan ke-12. 😊

Belakangan ini, entah mengapa saya teringin makan shawarma, kebab, doner, shish… semua yang seangkatan dengannya. Mungkin kerana saban hari, gambar atau resepi makanan ini kerap lalu-lalang di paparan media sosial saya. 😁

Tetapi, setakat teringin begitu-begitu sahajalah. Setakat ini, tidak terlintas lagi untuk Grab ke, take away atau keluar pergi makan di luar. 

Alhamdulillah, tak disangka-sangka, semalam ada rezeki orang belanja.

Mixed kebab with fries.

Satu set hidangan mixed kebab lengkap dengan dua keping roti, salad dan kentang goreng. Masih panas lagi makanan ini ketika sampai pada saya. 

Sewaktu buka kerajang aluminium yang membalut makanan, semerbak aroma rempahnya menerjah deria bau. Seleksi daging ada empat jenis - daging lembu, kambing, ayam dan campuran ikan. Semua menyelerakan.

Rempah perapan pada daging memang berasa. Salad pun tidak kalah sedapnya. Ngam sangat apabila dimakan bersama roti dan daging kerana ada elemen masam dari dressing lemon.

Besar juga saiz hidangan mixed kebab ni. Memang puaslah makan. Saya dan Bott tak terhabis makan berdua. Bakinya kami siap bawa ke sahur.

Dah lepas teringin kebab, tiba-tiba teringin nasi Arab pula. 😂


Meriah Lain Macam, antara lagu raya baharu tahun ini yang best dan sedap didengar. Memang meriah dan catchy lagunya. Dengar sekali je, tahu-tahu lirik dan melodi lagu ni dah melekat dalam kepala. Chords Meriah Lain Macam dendangan Hael Husaini dan Nadeera, sudah ditukar ke versi yang lebih mudah. Selamat berdendang! 😊


Kord Gitar From FAMF Tower

Laksa Sarawak Derhaka

Rabu, Mac 12, 2025

Beberapa hari lepas, sewaktu kemas pantri sambil cari idea hendak masak apa untuk berbuka, saya jumpa Pes Laksa Sarawak Hj. Manan. Terus jadi teringin makan laksa Sarawak! 

Bayangkan, kuah laksa pekat berlemak, panas-panas dimakan dengan bihun, ada hirisan ayam, taugeh, daun ketumbar, sambal… Uishhh, sedapnya! Okey, laksa Sarawak for iftar!

Pes Laksa Sarawak Hj. Manan | Boleh dapatkan di sini.