Belimbing Buluh | Kundang Madu

Ahad, Mac 16, 2025

Dahulu semasa di tinggal di rumah lama, belakang rumah ada pokok belimbing buluh. Setiap kali berbuah, memang lebat buahnya. Puaslah kami masak macam-macam lauk - buat sambal hitam, taucu ikan bilis, gulai lemak… masam-masam belimbing tu yang asyik!

Sejak berpindah, memang jarang sangat jumpa belimbing buluh. Alhamdulillah, baru-baru ini ada rezeki dapat satu plastik besar belimbing buluh. 

Belimbing buluh sedia nak masuk peti ais. 😊
Jom berdendang dengan lagu raya baharu biduanita negara kita, Raya Nak Kemana. Bolehlah berjoget berzapin ramai-ramai. Chords Raya Nak Kemana di bawah telah saya transposed ke versi mudah.

Selamat berdendang!


Kord Gitar From FAMF Tower

Beg untuk Gadis Bunga

Sabtu, Mac 15, 2025

Bermula bulan Mac sehinggalah bulan Mei nanti, ada banyak birthdays! Penuh bertanda kalendar saya dengan tarikh hari kelahiran ahli keluarga, sahabat dan kenalan yang perlu diraikan. Kepala saya, belum berhenti berfikir lagi. Sibuk mencari hadiah. Apa yang kena beli, apa yang kena tempah, apa yang boleh buat sendiri. 😅

Di bawah ini, salah satu hadiah handmade yang saya minta tolong Bott buat. Flower carrier tote bag. Beg untuk bawa bunga.

Flower Carrier Bag | Beg untuk Bunga

Beg istimewa buat salah seorang kenalan kami yang merupakan penggemar bunga-bungaan segar. Si gadis bunga yang seorang ini memang suka beli bunga untuk hias ruang kediamannya.



Beg letak bunga kira fresh from the oven. Baru siap semalam. Saya pandai minta sahaja. Nak begini… nak begitu. Kemudian, apabila dah jadi seperti yang dibayangkan, sumbangan saya sekadar tukang tambah charm bunga pada hujung tali nylon tu. 😁

Di rumah ini, tiada pula bunga bertangkai yang boleh digunakan untuk tunjuk cara penggunaannya. Sebentar,  saya tepek gambar bunga tipu jelah ya.


Beg setelah ‘diletak’ bunga. 😊

Haa… dapat bayangkan tak? Lebih mudah untuk bawa bunga-bunga segar yang dibeli. Hendak bawa secara melintang boleh. Kalau hendak bawa secara menegak pun boleh. Dua-dua cara selesa dan praktikal. Tali di bahagian bawah tu boleh diikat supaya bunga tidak melorot jatuh.

Cantik tak?



Serumpun - MimiFly | Kord Gitar | Lirik

Tahun ini, banyak juga lagu raya sedap-sedap yang bakal meriahkan suasana raya kita. Kalian sudah dengar Serumpun? 

Selepas cipta fenomena dengan Angkat, saya rasa ini buah tangan yang segar daripada MimiFly sempena lebaran tahun ini. Muzik video Serumpun sudah released di Youtube malam tadi. Jangan lupa tonton. Vibe raya kebabom! Ging gang ging guli guli watcha! 😊

Chords Serumpun ini chords asal ya. Versi mudah, saya akan muat naik nanti apabila ada kelapangan. Selamat berdendang!




Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar Serumpun - Mimifly | Lagu Raya 2025


C#m

Gedebang gedebung

C#m

Gedebang gedebung

C#m

Gedebang gedebung

C#m

Pecah perut lenggang lenggok


C#m G#m

Dah bergema suara takbir

A G#

Tiba sudah hari raya

C#m G#m

Adik abang lekas siap

A G#

Tolong bonda masak serba lengkap


E

Oh oh oh

G# A

Bagai serai kita serumpun

F#m G#

Bagai sireh tersusun


[Reff]

C#m

Ada ketupat ada rendang

C#m

Nasi himpit dan kuah kacang

C#m

Kuih-muih sudah terhidang

C#m

Kita jemput sekampung datang



C#m

Duit raya di dalam sampul

C#m

Adik-beradik sama berkumpul

C#m

Ada bunga api ada mercun

C#m

Biar meletup pom pom pom pom!


Ey, mak ngah dah sampai!


C#m

Pak long menyakat

Mak long melatah

Adik terpeleot

Sedap, kan?


C#m

Mak su membawang

Mak hiris bawang

Mata bergenang

Sakit, kan?


C#m

Tangan lenguh perah santan

Adik sibuk nak berdandan

Sibuk nak raya!

Siapa nak raya!

Ging gang ging guli guli watcha!



E

Oh oh oh

G# A

Bagai serai kita serumpun

F#m G#

Bagai sireh tersusun


E

Oh oh oh

G# A

Di hari raya kumohon ampun

F#m G#

Sama-sama berhimpun



[Reff]

C#m

Ada ketupat ada rendang

C#m

Nasi himpit dan kuah kacang

C#m

Kuih-muih sudah terhidang

C#m

Kita jemput sekampung datang



C#m

Duit raya di dalam sampul

C#m

Adik-beradik sama berkumpul

C#m

Ada bunga api ada mercun

C#m

Biar meletup pom pom pom pom!