Set Hadiah Monstera

Khamis, September 12, 2024

Set Hadiah Monstera | Monstera Gift Set - Item-item di bawah ini, knot bag, coffee cup holder dan rantai kunci, kesemuanya bekas tangan Bott.

Semenjak Bott aktif menjahit dan menjual hasil jahitannya, kalau hendak cari hadiah atau cenderahati untuk orang, saya akan pergi punggah stok barang jualan Bott terlebih dahulu. 🤣

Selongkar punya selongkar, jumpa tiga item yang guna fabrik serupa. Boleh jadi satu set.

Knot bag untuk letak barang-barang peribadi atau dijadikan beg telekung. Coffee cup holder supaya mudah bawa kopi yang dibeli dan wristlet key fob (rantai kunci) agar kunci-kunci tidak hilang lagi. 😊

Knot bag, cup holder and wristlet key fob

Cantik tak? Dah ada barang-barang, saya masukkan ketiga-tiganya ke dalam kotak hadiah, hias apa yang patut, tulis kad dan kirim terus set hadiah daun keladi ini kepada si penerima. 

Bagus juga Bott ni ada banyak produk. Senang saya nak mix and match untuk buat gift sets. 

7 ulasan

  1. Semua cantik-cantik ..bermanfaat . Buat sendiri ke tu ?

    BalasPadam
  2. Semua cantik-cantik ..bermanfaat . Buat sendiri ke tu ?

    BalasPadam
  3. yg cup holder tu ada x dr material plastik or apa2 yg kalis air? ya laa.kan kalau tumpah sng lap je. yg ni kain ke?

    BalasPadam
  4. Cantiiiik memang kak 😍😍😍😍. Saya pun suka kalo bagi set hadiah macam nih. Nampak 1 package kan.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.