Rumput Freeze Dried untuk Kucing

Khamis, April 10, 2025

Pawmised Land Freeze Dried Food | Kucing korang ada masalah hairballs tak? Kalau tengok kucing tu ada tabiat gatal gigi, suka gigit-gigit plastik… kemudian, akan ada keadaan yang kucing macam tiba-tiba choked… berkemungkinan besar ada hairballs bergumpal dalam badan.

Rhea alami masalah yang sama. Jadi Cekengah belikan freeze dried catgrass untuk kucing kesayangannya yang seekor ini. Tiga pek di bawah ini kira stok catgrass sewaktu Rhea berada di bawah jagaan saya.

Pawmised Land Freeze Dried Food - Chicken Catgrass

Bread Pudding & The Big Breakfast

Rabu, April 09, 2025

Assalamualaikum. Kelmarin, saya bersarapan di The Bread Bar lagi. Biasalah, setiap kali ke sini untuk mamam, memang hasrat hati ingin memanjakan tunas rasa. Sambil-sambil tu, beli roti sourdough untuk stok rumah.

The Dessert First Kind of Person

Saya memang jenis suka makan dessert dahulu. Jadi, sementara menunggu hidangan utama yang saya pesan sampai, saya isi perut dengan puding roti. 😊 Puding roti di sini bagi saya, agak istimewa berbanding puding roti biasa kerana menggunakan croissant. 

Croissant and Butter Pudding

 

Coklat raya 😆 pemberian adik, adik ipar, kawan sekolah, officemate adik.


Salam Lebaran | Beraya Tanpa Yuri | Tragedi Sendat Berulang

Khamis, April 03, 2025

Assalamualaikum. Salam Syawal ke - 4.
Kawan-kawan semua masih berhari raya atau sudah kembali bekerja?

Apapun, semoga kalian semua terus semangat meraikan lebaran dengan meriah. 

Tahun ni tiada kad raya. Saya belanja figurin raya je ya. 

It’s me! In doll edition 🤣

Orang sibuk buat efek Ghibli, kita buat toy box/figurine edition. Boleh bawa bincang juga si ChatGPT ni. Semua yang saya nak, dia ikut. Baju raya, tudung raya pun lebih kurang. Cuma tang muka tersasar sikit. Bukan main lagi ditebalkan kening saya. 

Saya ingin ambil peluang yang ada untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Mudah-mudahan Ramadhan dan Syawal kali ini berjaya membentuk kita menjadi insan yang lebih baik. Moga sambutan lebaran tahun ini lebih indah dan bermakna berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Beraya Tanpa Yuri

Tahun ini tahun pertama saya beraya tanpa Yuri. Sayu juga hati ni. Tiga belas tahun rutin harian saya bersama Yuri, ada Yuri di sana… ada kelibatnya di sini… walaupun dah dua bulan Yuri pergi, saya masih tak dapat biasakan diri. Sampai sekarang masih tersasul-sasul panggil nama dia.

Yuri dalam kenangan 😓



Ini tahun ke-2 beraya tanpa Cekebon. Berganda-ganda pilunya. Mujurlah Uje, si adik bongsu dan isterinya dapat cuti agak lama untuk pulang beraya di Malaysia. Merasalah kami tiga beradik berkumpul. 

Penyeri di hari raya 

Tragedi Sendat Berulang

Masih ingat lagi kisah Rhea semlohai yang jadi sado sebab baju rayanya ketat? Nampaknya, Cekengah tak serik-serik. Tak pun dia rasa kucing 5.5 kilo dia tu kecil. Yakin je beli saiz L. Bila saya tanya tak sendat ke? Happy je dia jawab alaaa kalau sendat, sikit je kot…

Sekali bila baju sampai…



Rhea dengan gaun biru bertutu sendat ketat melekat 😆

Ini bukan sendat sikit! Ini dah macam pakai bengkung! Sampai nak hilang warna hidung si Rhea dibuatnya. Mujurlah tak semput pakai baju ketat. Bahagian baju putih tu nampak macam t-shirt kan… tapi fabriknya tak memeri.


Kali ini Bott kena campur tangan. Dapat agak tak apa yang Bott buat supaya Rhea boleh pakai baju ni pada raya pertama? Haa… nanti saya cerita next entry.

Selamat sambung raya!