Roti Sourdough Lavie Boulangerie

Selasa, Mei 06, 2025

Roti Sourdough | Hujung minggu lepas, saya pergi ke kedai roti kegemaran saya di Damansara Kim, Lavie Boulangerie. Kali ini, saya tidak dine-in di sana, singgah sebentar untuk beli roti sourdough sahaja.


Sourdough bread 😊

Kopi, Sirap Kurma dan Baulu

Isnin, Mei 05, 2025

Assalamualaikum. Salam pagi Isnin. Saya tengah bersiap-siap untuk keluar sekejap lagi. Hendak pergi beli barang dapur. Sebelum itu, jengah sebentar blog yang sudah agak lama saya abaikan.

Pagi ini tidak bersarapan berat. Sekadar alas perut sebab akan makan di luar. Minum kopi seteguk dua dengan tiga biji baulu. Cukuplah. 

Kopi dan baulu

Cakoi Mini | Teh Wangi 888

Jumaat, April 11, 2025

Assalamualaikum. Salam Penghulu Hari. 

Cuaca di tempat kalian hari ini bagaimana? Di kawasan saya, hujan masih belum berhenti sejak dinihari. Pagi ini memang dingin sedingin-dinginnya. 

Jika diikutkan mahu terus bermalas-malasan melelapkan mata, tetapi perut dah mula berkeroncong. Terasa macam nak makan something hot and comforting.

Cepat-cepat saya prepped bahan untuk buat bubur ayam. Sementara menunggu bubur masak, saya perap doh untuk cakoi. Sambil-sambil tu, kemas-kemas rumah, putar kain dalam mesin, urus itu, urus ini.

Sekitar satu jam kemudian…


Inilah sarapan pagi saya 😊.

Hidangan makan pagi Jumaat.

Semangkuk bubur ayam (Resepi bubur ayam boleh lihat di sini.), beberapa ketul cakoi mini dan secawan teh panas. Hirup teh panas, suap bubur, cicah cakoi dalam bubur, kunyah… hirup teh lagi. Alhamdulillah!😊


Resepi Cakoi Mudah


Teh Wangi Ros 888

Teh saya pagi ini produk Teh Wangi Ros 888. Baru pertama kali minum teh wangi berperisa jenama ini. Selongkar-selongkar pantri, jumpa dua pek - satu perasa markisa dan satu lagi perasa laici. Yang ini bukan uncang teh untuk single serving ya. Ini kita bancuh satu teko terus. 

Saya cuba yang laici dahulu. Sedap. Wangi beraroma. Not bad at all. Sesuailah diminum, lawan dengan bubur dan cakoi.


Teh Wangi Ros 888


Selepas ini, bolehlah cuba cari kalau-kalau ada perasa teh wangi yang lain. 

Kawan-kawan sarapan apa pagi ini? Semoga hari kalian baik-baik sahaja. Jaga diri ya.

Rumput Freeze Dried untuk Kucing

Khamis, April 10, 2025

Pawmised Land Freeze Dried Food | Kucing korang ada masalah hairballs tak? Kalau tengok kucing tu ada tabiat gatal gigi, suka gigit-gigit plastik… kemudian, akan ada keadaan yang kucing macam tiba-tiba choked… berkemungkinan besar ada hairballs bergumpal dalam badan.

Rhea alami masalah yang sama. Jadi Cekengah belikan freeze dried catgrass untuk kucing kesayangannya yang seekor ini. Tiga pek di bawah ini kira stok catgrass sewaktu Rhea berada di bawah jagaan saya.

Pawmised Land Freeze Dried Food - Chicken Catgrass