Resepi Mudah Telur Bungkus
Khamis, Oktober 29, 2015
Semalam masak lauk sup cendawan. Nak lawan dengan apa ye? Nak masak sayur, dalam sup cendawan tu dah ada celery. Fikir punya fikir, buat telur bungkuslah. Ini version paling mudah. Super simple!
Bahan-bahan untuk inti:
- 2 - 3 batang sosej (hiris nipis)
- 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
- 3 ulas bawang putih (cincang halus)
- 3 sudu besar sayur campur (mixed vege). Dalam freezer tak ada mixed vege, saya guna kacang pea je. Boleh juga jika nak guna lobak merah yang didadu. Ikut citarasa masing-masing :)
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos cili
- beberapa helai daun limau
- sedikit minyak untuk menumis
- sedikit air masak