Semalam masak lauk sup cendawan. Nak lawan dengan apa ye? Nak masak sayur, dalam sup cendawan tu dah ada celery. Fikir punya fikir, buat telur bungkuslah. Ini version paling mudah. Super simple!
Bahan-bahan untuk inti:
- 2 - 3 batang sosej (hiris nipis)
- 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
- 3 ulas bawang putih (cincang halus)
- 3 sudu besar sayur campur (mixed vege). Dalam freezer tak ada mixed vege, saya guna kacang pea je. Boleh juga jika nak guna lobak merah yang didadu. Ikut citarasa masing-masing :)
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos cili
- beberapa helai daun limau
- sedikit minyak untuk menumis
- sedikit air masak
Bahan untuk telur dadar:
- 2 biji telur
- secubit serbuk lada putih
- secubit garam
Langkah-langkah Penyediaan:
- Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, hirisan sosej dan mixed vege.
- Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, daun limau dan sedikit air supaya kuahnya tidak terlalu kering.
- Biarkan seketika sehingga kuahnya memekat dan kacang pea betul-betul lembut.
Inti siap! |
Seterusnya, pecahkan telur, masukkan serbuk cili putih, garam dan kacau hingga sebati. Dadarkan telur menggunakan non-stick pan. Jangan terlalu tebal, jangan terlalu nipis. Sedang-sedang aja. Apabila telur dah masak, letakkan inti dan bungkus. Kalau buat saiz sederhana besar, boleh dapat 3 telur bungkus.
Telur bungkus siap! |
Senang je kan? Selamat Mencuba!
ohoi cantiknya telur bungkus kemas je. cie buat selalu berterabur. hihihhhi
BalasPadamHihihih itu pun Cie mentara nak mendarat atas piring dah ada crack dah tu :)
PadamCie buat berterabur? perlu masak berulang kali lelama pandai arggh :-)
Padamkalau berterabur tu jadi telur hancur kan....
Padamyana dah try buat kak farah, tak berapa kemas lipatan tu. lambat lipat hihi
PadamKalau tak nak terabur, telur dadarnya jangan nipis sangat. Then, inti tu jangan letak banyak. Alaaa setakat telur berterabur, masuk tekak dan perut sama je...telur hancur pun sedap gak kan, Ikhwan...
Padam@Yana - Did u enjoy ur telur bungkus? Tak kemas pun tak pe,..yg penting kenyang. Tapi betul, jangan tunggu telur tu sejuk baru nak lipat,..susah sikitlah sebab telur dah keras :)
sedap! huhu. takpe nanti yana cuba lagi sekali, samapi jadi cantik :)
PadamLagi satu, kalau nak betul2 cantik. Bila telur tu dah siap dibungkus, jangan pindahkan guna sudip. Letak piring atas telur bungkus, telangkupkan frying pan supaya bahagian telur yg cantik elok terletak atas piring :)
Padammemang best kak... letak sos,mayo.. perghhhhhh!!!
Padamouh gitu ye. kita angakat pakai sudip, terima kasih tips tu kak.
Padamwahh, dh lama wak x mamam telor bungkus sedap tuuu., huhu2
BalasPadamJemput makan, wak. Saya mamam bagi pihak wak ye :)
PadamWak punya telor bungkus inti nya sosej gak ke :p
Padamlepas ni kena mamam lah ye wak...
PadamLepas ni kita mamam telur bungkus simple ni ramai2 ye :)
PadamSedapnya makan telur bungkus... Nak cuba buat juga la ^-^
BalasPadamSelamat mencuba, Zumal. Sosej tu boleh tukar dengan isi ayam atau daging cincang :)
PadamZumal mmg pandai masak..kira ni mmmg 'kacang' je lah kan Farrah!
Padamkan.. Zumal kan slalu memasak...
PadamHaaa ini klu Zumal buat, pejam mata pun boleh siap! :)
Padamngeh ngeh ngeh Zumlah dah kategori chef
Padamperghh.. chef zumal.. Sis JM kategori mana ni??? hihihihiih
Padamsedapnya telur bungkus.. rajin sis masak...hehe
BalasPadamsinggah follow, salam perkenalan ya...:)
Selamat berkenalan, Atie. Akak ni masak yg simple2 begini boleh la sikit2 :)
Padamhai Atie....saje menyibok kat sini..kak Farrah ko ni...masak je apa pun semua menjadi
PadamIshhh,...belum tentu semua menjadi, Sis JM. Ada tu tak edible langsung hahahaah
Padamnasib baik dah makan. heheh. senang je. InsyaAllah cuba lah nanti
BalasPadamTKK boleh pelbagaikan isinya, tukar dengan ayam ke, udang ke,..isi ketam pun sedapppp!
Padamrajinnya masak! cantik telur bungkus yg akak buat tu. pasni bolehlah bukak restoran. hehehe
BalasPadamHuhuhuhu setakat tahu masak telur bungkus je Mazni, setengah hari je lah bukak restorannya :)
PadamZarith buat telur bungkus, selalu telurnya tak jadik bungkus, jadik tutup lauk jek hihi
BalasPadamIbu Zarikh..kalau telur tu tak nak bungkus, ce ikat dengan getah hihihih
PadamTak pe,..bila hidang, jangan cakap tu telur bungkus. Bagi nama hebat2 sikit heheheh
Padamanak2 dara aida kalau ke kedai, order telur bungkus sorang satu.
BalasPadamhu hu hu...
buat lg jimat!
Oh, kakak2 tu suka telur bungkus ye. Lepas ni boleh ajar diorang buat telur bungkus kat rumah :)
Padamcantiknya... kalau Firah, suka letak daging / ayam cincang..
BalasPadamtak letak sayur campur tu sebab tak suka...
haih.. telur bungkus ni memang kenangan...
first time buat sebab ada orang suka makan..
first time buat sebab ada orang suka mkn? ehem ehem buah hati ke Firah heee
PadamOhhh ada kenangan ye,..ni mesti nampak telur bungkus je leh senyum sampai telinga :)
PadamWaweee sedapnya! Mummy kalo buat tak berbungkus cantekk lagu ni.. Berterabuq ja manjang.. Akhirnya makan kat kedai je la.. Hahaha :P
BalasPadamitu telur pecah berterabur namanya mummy hiksss
PadamPecah terabur pun tak pe Mummy...janji masuk perut kenyang! :)
Padamsup cendawan lawan dengan telur bungkus siapa menang? ce jawab...teka teki ni hihihi
BalasPadamsup cendawan sis JM sbb telur bungkus letak dlm sup tenggelam... hihihhiihi
Padamahakss..leh mcm tu eh? kalau su tu pekat..ada kebarangkalian x tenggelam kan hihih
PadamTenggelam gak sebab telur tu dah serap sup ;)
Padamhahahaha.. yg pekat ni tak mana sup sis JM.. Tak taulah kalau letak banyak garam.. 'kebarangkalian' tu besar jugak nak timbull ..hihihi
Padamaduhai mmg senang TETAPi x de non stick pan..guna kuali boleh?
BalasPadamSis JM pegi pasar malam pinjam kuali abang2 burger.... hihihihii
Padamsis JM risau x dapat kuali dapat burger je ;p
PadamAmboi,..Ikhwan sampai nak pinjam kuali leper abang burger tuh! Sis JM, saya kalau buat guna kuali biasa, confirm jadi scrambled egg! Err,..saya takut dok nak pinjam kuali abang burger, dengan abang2 tu sekali dibawa balik hehehe
Padamrasanya..boleh guna konsep yg sama untuk masak nasi goreng Pattaya...ishhh....terliur lah lak...tuang sos cili kat atas telur yg berbungkus tu...yummy
BalasPadamYess,...good idea. Tak terpikir pulak saya. Lain kali buat, kita cretttt sikit sos cili atas telur tu. Pakai make-up, berseri sikit!
PadamKalu buat mesti koyak...menciii..sapa?sy lah! ;)
BalasPadamTak pe,..koyak pun still boleh mamam :)
PadamMY FAVORITE! Makan ni je pun dah kenyang hehehehe
BalasPadamHuhuhuhu perut kecik tu, Kalau akak kena makan ngan nasi dan lauk lain lagi ;)
Padamsaya slalu pesan kat cafe mahallah kak RM3.00... kalau beli ni perkena dgn nasi....perghhh.... cukup lengkap sayur+ayam+kuah+telur... kenyang...
BalasPadamKira satu hidangan lengkaplah kan,..kira reasonable lagi harga kat cafe mahallah Ikhwan tu :)
Padamyup.. mmg reasonable... betul kak hidaangan cukup lengkap.. :D
Padamini di telur bungkus...macam2 nama resipi kan terasa nak makan lah Farrah hehehe
BalasPadamSilalah cuba, Cikgu. Resepi ni mudah sahaja :)
Padamnampak sedap tu..
PadamVersi kak farah punya blh cuba ekin pernah gak buat guna jah apa2 brg katbdaput hihihihi.. telur bungkus basah2 sikit
BalasPadamGuna je apa dalam stok kat dapur,..adjust rasa sana sini,...SIAP!
PadamHa ah betul tu.. rasa sedap dapat pujian hihihi happy
PadamSup cendawan sedap
BalasPadam:)
PadamTelur bungkus memang sedap :)
BalasPadam♪ ♫ ♫ Enak dimakan begitu saja ♫♪
PadamMacam murtabak dah kak...
BalasPadamNi x yh mkn ngn nasik... kenyang dh...
makan ngan roti kan Huda..mesti sedap buat bfast
PadamPernah cuba buat tapi asyik tak jadi je. Give up terus dah. haha
BalasPadamIshh,..jangan macam tu. Cuba tebalkan sikit telur yg didadar tu,..kemudian letak inti ngam2 je. Jangan banyak sangat. Nanti susah nak bungkus. Bungkus masa telur tu tengah panas.
Padamwahh..sdapnya.. akk masak apa pon smua nampak sdap. (≧∇≦)
BalasPadamNadyyya!!!! Lamanya menghilang! Hihihi nampak sedap,..rasa so so je,..janji lepas kat tekak dan kenyang :)
Padamselamat berhujung minggu buat dak Farrah tu..sis JM tahu..Farrah tgh check blog kan sbb baru je tulis komen dah publish....muahh heeee
BalasPadamSelamat berhujung minggu, sis. Saya senyum lebar baca komen sis yg ini tapi tak larat nak balas semalam. Groggy makan ubat selesema,..
Padamyummy!!!! bak sikit.
BalasPadamNice. Saya part telur tuu laa selalu masalah. Hahaha Erm... Tengah malam nie jugak laa TERRRRRnampak gambar makanan T_T
BalasPadamselalu x berjaya buat bungkusnya, hehehe.. sebab suka buh banyak2 intinya..
BalasPadamala....comelnyer laa telur tuhhhhh....kalau sy....gerenti telur tu koyak....hehheehe
BalasPadamkalau takut telur pecah atau tak kemas,jangan balut.. hihi..
BalasPadamkita bentang ja,letak inti dia atas telur,janji masuk perut
boleh cuba nanti ni
BalasPadamwah.. sedapnya.. nak sikit.. hehe..
BalasPadamalaa.. klu buat msti xkemas.. terabur isi didalam..beli di kedai, siap juicy lagi didalam xpecah pun
BalasPadambuat telur selimut bolehlah.. tebarkan telur besar2 pastu selimutkan lauk tu.. :D
BalasPadamwaaa mcm senang. nti nk try! :)
BalasPadamsimple dan sedap..
BalasPadamKadang buat jadi bungkusnya. Kadang tak jadi. Hihi. Main tutup je intinya
BalasPadamlapar terus tgk telur bungkus Kak Farrah ni.. sedapnya..hehehe :)
BalasPadamkalau makan inti je pun dah sedap dah tu..hahaha
BalasPadamFeveret ma ena ni..tq for sharing mf
BalasPadamayam tu macam masak paprik ja
BalasPadamsllu gak ayu order telur bungkus bile makan kt kedai
BalasPadamtapi tak pernah terpikir nak masak sndiri kat rumah pon...
padahal bukan ssah mane pon kan farrah
terima kasih atas resipe nya
BalasPadamlooks great :D