Khamis, Oktober 29, 2015

Resepi Mudah Telur Bungkus

Semalam masak lauk sup cendawan. Nak lawan dengan apa ye? Nak masak sayur, dalam sup cendawan tu dah ada celery. Fikir punya fikir, buat telur bungkuslah. Ini version paling mudah. Super simple!

Bahan-bahan untuk inti:
  • 2 - 3 batang sosej (hiris nipis)
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 3 sudu besar sayur campur (mixed vege). Dalam freezer tak ada mixed vege, saya guna kacang pea je. Boleh juga jika nak guna lobak merah yang didadu. Ikut citarasa masing-masing :)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • beberapa helai daun limau
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit air masak

Bahan untuk telur dadar:
  • 2 biji telur
  • secubit serbuk lada putih
  • secubit garam

Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, hirisan sosej dan mixed vege
  2. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, daun limau dan sedikit air supaya kuahnya tidak terlalu kering.
  3. Biarkan seketika sehingga kuahnya memekat dan kacang pea betul-betul lembut.
 
Inti siap!

Seterusnya, pecahkan telur, masukkan serbuk cili putih, garam dan kacau hingga sebati. Dadarkan telur menggunakan non-stick pan. Jangan terlalu tebal, jangan terlalu nipis. Sedang-sedang aja. Apabila telur dah masak, letakkan inti dan bungkus. Kalau buat saiz sederhana besar, boleh dapat 3 telur bungkus.
 
Telur bungkus siap!
Senang je kan? Selamat Mencuba!


95 ulasan:

  1. ohoi cantiknya telur bungkus kemas je. cie buat selalu berterabur. hihihhhi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihih itu pun Cie mentara nak mendarat atas piring dah ada crack dah tu :)

      Padam
    2. Cie buat berterabur? perlu masak berulang kali lelama pandai arggh :-)

      Padam
    3. kalau berterabur tu jadi telur hancur kan....

      Padam
    4. yana dah try buat kak farah, tak berapa kemas lipatan tu. lambat lipat hihi

      Padam
    5. Kalau tak nak terabur, telur dadarnya jangan nipis sangat. Then, inti tu jangan letak banyak. Alaaa setakat telur berterabur, masuk tekak dan perut sama je...telur hancur pun sedap gak kan, Ikhwan...

      @Yana - Did u enjoy ur telur bungkus? Tak kemas pun tak pe,..yg penting kenyang. Tapi betul, jangan tunggu telur tu sejuk baru nak lipat,..susah sikitlah sebab telur dah keras :)

      Padam
    6. sedap! huhu. takpe nanti yana cuba lagi sekali, samapi jadi cantik :)

      Padam
    7. Lagi satu, kalau nak betul2 cantik. Bila telur tu dah siap dibungkus, jangan pindahkan guna sudip. Letak piring atas telur bungkus, telangkupkan frying pan supaya bahagian telur yg cantik elok terletak atas piring :)

      Padam
    8. memang best kak... letak sos,mayo.. perghhhhhh!!!

      Padam
    9. ouh gitu ye. kita angakat pakai sudip, terima kasih tips tu kak.

      Padam
  2. wahh, dh lama wak x mamam telor bungkus sedap tuuu., huhu2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jemput makan, wak. Saya mamam bagi pihak wak ye :)

      Padam
    2. Wak punya telor bungkus inti nya sosej gak ke :p

      Padam
    3. lepas ni kena mamam lah ye wak...

      Padam
    4. Lepas ni kita mamam telur bungkus simple ni ramai2 ye :)

      Padam
  3. Sedapnya makan telur bungkus... Nak cuba buat juga la ^-^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, Zumal. Sosej tu boleh tukar dengan isi ayam atau daging cincang :)

      Padam
    2. Zumal mmg pandai masak..kira ni mmmg 'kacang' je lah kan Farrah!

      Padam
    3. kan.. Zumal kan slalu memasak...

      Padam
    4. Haaa ini klu Zumal buat, pejam mata pun boleh siap! :)

      Padam
    5. ngeh ngeh ngeh Zumlah dah kategori chef

      Padam
    6. perghh.. chef zumal.. Sis JM kategori mana ni??? hihihihiih

      Padam
  4. sedapnya telur bungkus.. rajin sis masak...hehe
    singgah follow, salam perkenalan ya...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berkenalan, Atie. Akak ni masak yg simple2 begini boleh la sikit2 :)

      Padam
    2. hai Atie....saje menyibok kat sini..kak Farrah ko ni...masak je apa pun semua menjadi

      Padam
    3. Ishhh,...belum tentu semua menjadi, Sis JM. Ada tu tak edible langsung hahahaah

      Padam
  5. nasib baik dah makan. heheh. senang je. InsyaAllah cuba lah nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. TKK boleh pelbagaikan isinya, tukar dengan ayam ke, udang ke,..isi ketam pun sedapppp!

      Padam
  6. rajinnya masak! cantik telur bungkus yg akak buat tu. pasni bolehlah bukak restoran. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhuhu setakat tahu masak telur bungkus je Mazni, setengah hari je lah bukak restorannya :)

      Padam
  7. Zarith buat telur bungkus, selalu telurnya tak jadik bungkus, jadik tutup lauk jek hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ibu Zarikh..kalau telur tu tak nak bungkus, ce ikat dengan getah hihihih

      Padam
    2. Tak pe,..bila hidang, jangan cakap tu telur bungkus. Bagi nama hebat2 sikit heheheh

      Padam
  8. anak2 dara aida kalau ke kedai, order telur bungkus sorang satu.
    hu hu hu...
    buat lg jimat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, kakak2 tu suka telur bungkus ye. Lepas ni boleh ajar diorang buat telur bungkus kat rumah :)

      Padam
  9. cantiknya... kalau Firah, suka letak daging / ayam cincang..

    tak letak sayur campur tu sebab tak suka...

    haih.. telur bungkus ni memang kenangan...

    first time buat sebab ada orang suka makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. first time buat sebab ada orang suka mkn? ehem ehem buah hati ke Firah heee

      Padam
    2. Ohhh ada kenangan ye,..ni mesti nampak telur bungkus je leh senyum sampai telinga :)

      Padam
  10. Waweee sedapnya! Mummy kalo buat tak berbungkus cantekk lagu ni.. Berterabuq ja manjang.. Akhirnya makan kat kedai je la.. Hahaha :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu telur pecah berterabur namanya mummy hiksss

      Padam
    2. Pecah terabur pun tak pe Mummy...janji masuk perut kenyang! :)

      Padam
  11. sup cendawan lawan dengan telur bungkus siapa menang? ce jawab...teka teki ni hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. sup cendawan sis JM sbb telur bungkus letak dlm sup tenggelam... hihihhiihi

      Padam
    2. ahakss..leh mcm tu eh? kalau su tu pekat..ada kebarangkalian x tenggelam kan hihih

      Padam
    3. Tenggelam gak sebab telur tu dah serap sup ;)

      Padam
    4. hahahaha.. yg pekat ni tak mana sup sis JM.. Tak taulah kalau letak banyak garam.. 'kebarangkalian' tu besar jugak nak timbull ..hihihi

      Padam
  12. aduhai mmg senang TETAPi x de non stick pan..guna kuali boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis JM pegi pasar malam pinjam kuali abang2 burger.... hihihihii

      Padam
    2. sis JM risau x dapat kuali dapat burger je ;p

      Padam
    3. Amboi,..Ikhwan sampai nak pinjam kuali leper abang burger tuh! Sis JM, saya kalau buat guna kuali biasa, confirm jadi scrambled egg! Err,..saya takut dok nak pinjam kuali abang burger, dengan abang2 tu sekali dibawa balik hehehe

      Padam
  13. rasanya..boleh guna konsep yg sama untuk masak nasi goreng Pattaya...ishhh....terliur lah lak...tuang sos cili kat atas telur yg berbungkus tu...yummy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yess,...good idea. Tak terpikir pulak saya. Lain kali buat, kita cretttt sikit sos cili atas telur tu. Pakai make-up, berseri sikit!

      Padam
  14. Kalu buat mesti koyak...menciii..sapa?sy lah! ;)

    BalasPadam
  15. MY FAVORITE! Makan ni je pun dah kenyang hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhuhu perut kecik tu, Kalau akak kena makan ngan nasi dan lauk lain lagi ;)

      Padam
  16. saya slalu pesan kat cafe mahallah kak RM3.00... kalau beli ni perkena dgn nasi....perghhh.... cukup lengkap sayur+ayam+kuah+telur... kenyang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kira satu hidangan lengkaplah kan,..kira reasonable lagi harga kat cafe mahallah Ikhwan tu :)

      Padam
    2. yup.. mmg reasonable... betul kak hidaangan cukup lengkap.. :D

      Padam
  17. ini di telur bungkus...macam2 nama resipi kan terasa nak makan lah Farrah hehehe

    BalasPadam
  18. Versi kak farah punya blh cuba ekin pernah gak buat guna jah apa2 brg katbdaput hihihihi.. telur bungkus basah2 sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna je apa dalam stok kat dapur,..adjust rasa sana sini,...SIAP!

      Padam
    2. Ha ah betul tu.. rasa sedap dapat pujian hihihi happy

      Padam
  19. Macam murtabak dah kak...
    Ni x yh mkn ngn nasik... kenyang dh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. makan ngan roti kan Huda..mesti sedap buat bfast

      Padam
  20. Pernah cuba buat tapi asyik tak jadi je. Give up terus dah. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ishh,..jangan macam tu. Cuba tebalkan sikit telur yg didadar tu,..kemudian letak inti ngam2 je. Jangan banyak sangat. Nanti susah nak bungkus. Bungkus masa telur tu tengah panas.

      Padam
  21. wahh..sdapnya.. akk masak apa pon smua nampak sdap. (≧∇≦)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nadyyya!!!! Lamanya menghilang! Hihihi nampak sedap,..rasa so so je,..janji lepas kat tekak dan kenyang :)

      Padam
  22. selamat berhujung minggu buat dak Farrah tu..sis JM tahu..Farrah tgh check blog kan sbb baru je tulis komen dah publish....muahh heeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berhujung minggu, sis. Saya senyum lebar baca komen sis yg ini tapi tak larat nak balas semalam. Groggy makan ubat selesema,..

      Padam
  23. Nice. Saya part telur tuu laa selalu masalah. Hahaha Erm... Tengah malam nie jugak laa TERRRRRnampak gambar makanan T_T

    BalasPadam
  24. selalu x berjaya buat bungkusnya, hehehe.. sebab suka buh banyak2 intinya..

    BalasPadam
  25. ala....comelnyer laa telur tuhhhhh....kalau sy....gerenti telur tu koyak....hehheehe

    BalasPadam
  26. kalau takut telur pecah atau tak kemas,jangan balut.. hihi..
    kita bentang ja,letak inti dia atas telur,janji masuk perut

    BalasPadam
  27. wah.. sedapnya.. nak sikit.. hehe..

    BalasPadam
  28. alaa.. klu buat msti xkemas.. terabur isi didalam..beli di kedai, siap juicy lagi didalam xpecah pun

    BalasPadam
  29. buat telur selimut bolehlah.. tebarkan telur besar2 pastu selimutkan lauk tu.. :D

    BalasPadam
  30. Kadang buat jadi bungkusnya. Kadang tak jadi. Hihi. Main tutup je intinya

    BalasPadam
  31. lapar terus tgk telur bungkus Kak Farrah ni.. sedapnya..hehehe :)

    BalasPadam
  32. kalau makan inti je pun dah sedap dah tu..hahaha

    BalasPadam
  33. Feveret ma ena ni..tq for sharing mf

    BalasPadam
  34. sllu gak ayu order telur bungkus bile makan kt kedai
    tapi tak pernah terpikir nak masak sndiri kat rumah pon...
    padahal bukan ssah mane pon kan farrah

    BalasPadam
  35. terima kasih atas resipe nya
    looks great :D

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.