Sepanjang lebih sedekad saya buka kelas bantuan belajar, subjek bahasa merupakan kelemahan utama pelajar-pelajar. Satu, dek kerana sikap sendiri yang menganggap bahasa itu mudah. Ambil lewa jelah. "Kita kan tiap-tiap hari cakap BM, tak kanlah tak boleh score!" Itu baru 'omelan yakin' si anak. Jangan terkejut jika ada parents yang share the same view! Ada ibu bapa yang hantar anak kepada saya memilih untuk tidak mengambil subjek bahasa. "BI dengan BM tu dia boleh belajar di rumah!" Sedangkan apabila saya melihat keputusan peperiksaan si anak, setara lemahnya dengan subjek Sains dan Matematik. Malah, BM yang 'boleh belajar di rumah' itu pun grednya bukan B, bukan C, tetapi GAGAL.
Dua, anak-anak ini tiada budaya membaca. Generasi gajetlah katakan. Kurang membaca, maka kuranglah kemahiran nak menghasilkan ayat. Penulisan atau Essay dah ibarat satu beban buat mereka.
Hari ini saya nak kongsi pengalaman saya mengatasi masalah ini. Berkesan untuk semua peringkat baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Memandangkan kita tidak boleh paksa mereka membaca (walaupun ada Program Nilam di sekolah), kita paksa mereka baca contoh karangan supaya boleh hasilkan karangan yang baik.