Selasa, Jun 02, 2015

Projek Buat Instant Shawl

Baru-baru ini saya teman Bott pergi beli baju. Bott kalau beli baju memang boleh berkampung dalam kedai! Huhuhuh jadi sambil dia sibuk pergi fitting room, pilih design ini, pilih baju itu...saya belek-beleklah tudung dan shawl yang dijual. Nampak instant shawl. Berkenan pulak. Simple je designnya. Tak adalah berbunga, bergelombang, berpintal-pintal dan nampak sarat tu.

Saya tidak pandai dan malas pakai shawl. Penat nak lilit-lilit. Takut salah lilit terbelit leher terus tak cukup nafas. (Lebih kepada malas sebenarnya kan...). Selama ni orang sibuk tentang instant shawl pun saya buat bena tak bena. Prefer pakai tudung biasa. Tetapi, alang-alang dah terjumpa instant shawl depan mata, teringinlah nak tengok apa yang instantnya. Cuba beberapa helai, terus hati terpaut! Oh my instant shawl! Senangnya! Ni kalau seminit sebelum pukul lapan pun sempat sarung shawl nak gi kelas!

Siti Yang Menaip Vs Faarihin Talip

Here comes June! Apa khabar semua di bulan baru? Saya selesaikan apa yang patut dahulu ye. Berkenaan Jom Cuba Nasib - Ayah. Terima kasih buat kalian yang sudi singgah pada hujung minggu lepas. Terima kasih sebab sudi komen dan terima kasih tidak terhingga pada yang sporting cuba nasib. 

Sebenarnya, jangan risau. Saya dah pasang niat dari awal. Asalkan kalian mencuba, dengan ucapan ke,..luahan perasaan ke,..automatik kalian akan dapat something daripada saya. Mereka ialah:

Isnin, Jun 01, 2015

Kiriman Manis Si Paling Comel

Rasanya kalian dapat agak siapa yang saya maksudkan. Beberapa rakan blogger dah pun published entri penghargaan buat tuan punya blog Siti Yang Menaip ni. Adik CT kita hantar coklat manis buat pengomen tegar blognya sepanjang Januari - April 2014. Alhamdulillah, ada rezeki saya :)

Coklat daripada Si Paling Comel

Dua keywords penting - (i) peminat dan (ii) paling comel
Hahahahaha itu yang mahal! You are indeed, paling comel :)

Jom Cuba Nasib - AYAH

Assalamu'alaikum. Salam hujung minggu! Selamat menempuh kegembiraan riuh-rendah cuti sekolah! 

Satu lagi entri Jom Cuba Nasib untuk kalian. Bagi yang tidak familiar dengan Jom Cuba Nasib di tower saya, boleh rujuk sini. Bukan segmen, bukan giveaway,..sekadar untuk suka-suka antara kita semua.

Semalam saya mengemas kad-kad ucapan yang ada dalam simpanan. Terjumpa kad Hari Bapa ini. Kad lebihan tahun lepas. Terus terfikir nak buat Jom Cuba Nasib sempena Hari Bapa yang bakal diraikan pada 21 Jun 2015 :)