Sabtu, Januari 21, 2017

Chords Sambutlah Kasih - Lovehunters

Dalam inbox ada a few requests minta chords lagu Kudien. Saya terpinga-pinga. Kudien mana ni? Saya dah lama tak sempat tengok TV. Tak update sangatlah tentang rancangan-rancangan cari bakat baru. Tanya kat Bott, Kudien ni siapa? Budak Mentor Milenia ke? Selamba dan bersahaja Bott jawab,"Bukan, itu Qody!" Nampak tak makcik seorang ni? Konon tak ikut perkembangan rancangan nyanyi-nyanyi reality shows,...tahu je tuh! 😆😆😆

Selepas beberapa carian di Google, barulah tahu Kudien ni peserta rancangan 3 Juara. Suara memang rock habislah. Semasa konsert Pentas Epik Final 3 Juara yang berlangsung baru-baru ini, Kudien bawakan sebuah lagu daripada kumpulan Lovehunters. Lagu tu memang best. Persembahan Kudien pun best!

So, demi menunaikan permintaan, inilah kord gitar Sambutlah Kasih - Lovehunters. Kebetulan memang kord lagu ni ada dalam simpanan sebab dulu pernah belajar main lagu ni. Selamat berdendang!

Jumaat, Januari 20, 2017

Carabiner untuk Shopping

Baru-baru ini semasa saya dan Bott bersiap-siap nak keluar, si Bott kecoh carabiner dia hilang. Sibuk menggagau cari ke sana ke mari, tak ingat dia letak mana. Tak tahu apa itu carabiner? Ni salah satu contohnya,..


Carabiner ni selalu digunakan untuk outdoor activities. Tapi, kami berdua bukan nak keluar buat aktiviti-aktiviti mencabar macam climbing ke apa. Kitorang nak pergi shopping je. Heheheh. Yes, pergi shopping pun kena ada carabiner tau! Barulah tenteram jiwa nak berbelanja sepanjang hari.

Isnin, Januari 09, 2017

...kerana Allah lebih sayang kau.

Beberapa bulan belakangan ini, saya kerap membaca status-statusnya di Facebook. Tidak memberi sebarang respon, Like atau tinggalkan komen (persahabatan kami memang pada dasarnya begitu). Tapi, setiap kali mengikuti perkembangannya yang mengandungkan anak ketiga, saya akan cakap pada diri, nak lawat dia masa berpantang. A lot of catching up need to be done.

Sibuk dengan kerja. Sibuk berulang-alik. Nak masuk Facebook jauh sekali. Tiba-tiba semalam dapat notification daripada Izwana (thanks so much, Izwana), mengatakan yang teman saya itu telah pergi. Pulang kepada Pencipta. Lama saya terpaku depan laptop. Air mata mengalir laju. Berkali-kali saya baca status yang diupdate dan komen teman-teman sekolah. Tak percaya. Betul ke Mar dah tak ada? 😢😢😢

"Farrah, kau nak jadi pengawas tak?"

Isnin, Januari 02, 2017

Tetamu Hebat Disember

Assalamu'alaikum, 
Seperti biasa, awal-awal bulan up entri pengomen terbanyak sepanjang bulan sebelumnya. Terima kasih banyak-banyak! Walaupun saya jarang buat entri, tak sempat blogwalking dan balas komen,...tower ini tidak pernah sunyi dengan kunjungan dan jejak kalian. 


Credit - Nippon Paint