Beberapa bulan belakangan ini, saya kerap membaca status-statusnya di Facebook. Tidak memberi sebarang respon, Like atau tinggalkan komen (persahabatan kami memang pada dasarnya begitu). Tapi, setiap kali mengikuti perkembangannya yang mengandungkan anak ketiga, saya akan cakap pada diri, nak lawat dia masa berpantang. A lot of catching up need to be done.
Sibuk dengan kerja. Sibuk berulang-alik. Nak masuk Facebook jauh sekali. Tiba-tiba semalam dapat notification daripada Izwana (thanks so much, Izwana), mengatakan yang teman saya itu telah pergi. Pulang kepada Pencipta. Lama saya terpaku depan laptop. Air mata mengalir laju. Berkali-kali saya baca status yang diupdate dan komen teman-teman sekolah. Tak percaya. Betul ke Mar dah tak ada? 😢😢😢
"Farrah, kau nak jadi pengawas tak?"
Itu perbualan pertama saya dengan Mar. Kami sama-sama di Tingkatan Empat. Sudah tentunya saya geleng laju-laju. Dalam hati terfikir,..apsal budak ni tiba-tiba approached aku? Saya baru berpindah ke sekolah itu. Masih tak ramai kawan. Masih terkial-kial nak sesuaikan diri. Mar pula baru masuk semula ke sekolah setelah memilih untuk tidak lagi meneruskan pelajaran di sekolah berasrama. Kiranya, ketika itu memang ramai batch kami yang Form 1 - Form 3 sekolah tempat lain, masuk Form 4 sekolah kat situ.
Kami berlainan aliran. Mar budak pure Science. Saya pula budak Art. Memang jarang jumpa lagipun kelas kami berlainan blok. Tetapi saya perasan, Mar super friendly. Setiap kali bertemu, dia yang beria-ia memulakan perbualan.
"Bapak aku kata, kau..."
"Semalam aku tengok lukisan kau kat meja bapak aku..."
"Hahahah bapak aku ketuk tangan kau semalam kan sebab kau lukis rumah, dinding kau garis warna hitam!"
Kebetulan ayah Mar, Cikgu Raja Baharudin, guru lukisan saya. Jadi, perbualan-perbualan ini yang mula merapatkan kami.
Habis sekolah, kami lost contact buat seketika. Mar yang gigih traced saya semula. Dia hantar surat dan kad pada saya di universiti, doakan kesihatan saya yang kala itu agak teruk. Sedangkan, dia sendiri sejak dulu ada masalah jantung.
Mar bukan kawan rapat saya.
Tapi Mar sentiasa ada.
Mar cheerful orangnya dan satu nilai yang saya belajar dari Mar,..dia tidak busuk hati. Dia tak pandai berburuk sangka atau dengki.
Kami tidak selalu berhubung, berbulan-bulan, malah makan tahun. Tapi, apabila berbicara dengannya, saya akan rasa seolah-olah tidak pernah berpisah langsung dengannya. Tak ada jarak. Tak ada rajuk atau terkilan. Dia tetap Mar yang saya kenal.
Mar bukan orangnya yang akan menjauh jika kawan tidak attend majlis-majlis yang dianjurkan, kawan tak datang gathering/reunion. Saya hilang ramai kawan kerana saya selalu 'tenggelam timbul'. Ramai yang sakit hati dengan sikap saya yang seolah-olah tak mahu bersosial. Tak reti hargai kawan. Tetapi saya tahu saya tetap ada Mar.
Mar antara kawan yang tidak pernah pertikaikan, "Kenapa kau tak jadi lawyer?" Don't be suprise. Kawan baik saya pada masa tu (bukan Bott) pun boleh keluar statement "Belajar 4/5 tahun susah-susah, at last kau tak jadi lawyer! Sia-sia je!" Sebaliknya, Mar sentiasa sokong apa sahaja yang saya lakukan. Saya buat ini, dia support. Saya buat itu, dia support. Malah saya berblog pun, gigih dia baca blog saya.
I lost a friend...
Tengah sedih, satu lagi notifikasi masuk. Kali ni, Hazwani Hanis reacted to one of her status two years ago. Berjuraian lagi air mata nih. Thanks, Nis.
Mar, aku akan sentiasa rindukan kau.
Janji kau dengan Allah cukup setakat ini sahaja.
Kau dah jadi anak, kakak, isteri, ibu dan sahabat yang baik buat kami yang tinggal ni.
Entri ini bukan untuk kau, tapi untuk aku.
...supaya aku ingat yang Allah pernah pinjamkan kau dalam life aku, serikan hidup aku.
I'm glad,..bersyukur sangat-sangat aku berpeluang mengenali kau.
Al-Fatihah
Raja Mardiana Raja Baharudin
5 Jun 1981 - 7 Januari 2017
Moga Allah mengampuni dosa-dosanya dan menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang beriman.
Takziah buat keluarga Cikgu Raja Baharudin, suaminya Shahidzwan, anak-anaknya, Sofea, Marwan dan newborn baby boy. Semoga kalian tabah dan sabar menerima kehilangan ini.
Bila baca entri ni...PC yang tidak mengenali beliau pun terasa sangat dekat...subhanAllah,moga Allah limpahkan sebanyaknya kasih sayang kepada beliau...moga setiap pertanyaan malaikat mudah dijawab dengan setiap kebaikkan yang telah beliau lakukan...Al Fatihah.
BalasPadamAminnnn.
PadamAllah lebih sygkanya..Al-Fatihah
BalasPadamBetul. Allah lebih berhak ke atasnya.
PadamAl-fatihah.. InshaaAllah kawan akak dalam perlindungan Allah..
BalasPadamTerima kasih, Ikhwan.
PadamAllah.. Semoga roh arwah tenang disana..
BalasPadamTakziah sis..
Aminnn. Terima kasih, sis.
PadamSemoga Allah merahmatinya, ampunkannya, muliakan kematiannya dan melapangkan kuburnya. Amin. Salah takziah Farrah.
BalasPadamAmin amin ya Rabbal 'Alamin. Thanks, sis Idah.
PadamSemoga roh ditempatkan di tempat para solehin. Sungguh, hidup itu cuma sementara.
BalasPadamMata turut bergenang baca entry ni. Terus kuat sis..
Mudah-mudahan begitulah. Terima kasih, Ana 😊
PadamSemoga Allah merahmatinya, ampunkannya, muliakan kematiannya dan melapangkan kuburnya. Amin.
BalasPadamAminnnn. Thanks, Sis Raihanah.
Padammasanya tiba kak.. insyallah teman2 baik kita ni akan sentiasa berada dalam doa-doa kita. persahabatan yang baik teman yang baik itula fungsinya. tak rugi bina silaturrahim..
BalasPadamAl-Fatihah..
Sedih hilang teman yang baik nih 😞😔😖
PadamDari Allah kita datang - kepada Nya kita pulang.
BalasPadamSemoga roh Raja Mardiana Raja Baharudin dicucuri rahmat Nya.
Insya Allah.
Aminnnn. Thanks so much, Huda.
PadamHargailah mereka dikeliling kita.
BalasPadamKadang-kala kita tak anggap seseorang tu rapat / penting bagi kita, tapi kita amat penting pula disisi dia.
betul tu - jangan ada prasangka dan dengki iri hati kan.
Setuju. Kita kena hargai insan2 keliling kita.
PadamPrasangka, iri hati, dengki semua tu kenan kikis dari diri kita
#peringatanuntukdiri
Kalau teringatkan seseorang - jangan tangguh untuk hubungi dia - atau sekurang-kurangnya doakan dia - mungkin saat kita teringat-ingat akan dia - dia sedang memerlukan doa dari kita, mungkin dia pun tengah ingat dan rindukan kita.
BalasPadam#pesanGuru
Akak kena ikutlah cara Huda ni. Akak dah banyak kali kena,..teringat kat orang,...tangguh2,...tahu2 dah tak berpeluang nak hubungi dia lagi... 😞
Padamsalam takziah.. :( sedih kan kalau kawan-kawan kita yang tak takde ni.. lg pulak bila naik noti dari fb status dia.. erm..
BalasPadamThanks, Julia. Memang sekarang band sekejap Fb. Masuk je keluar notification berkenaan arwah.
Padamsalam takziah drpd aida :(
BalasPadamTerima kasih, Aida.
Padamdari Dia kita datang, dari Dia kita pergi. Semoga allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan yang beriman. Semoga keluarganya terus kuat menempuh hari-hari yang mendatang. Al fatihah.
BalasPadamP/s : apa khabar kak farrah? Maaf lama tak berkunjung. Ingat lagi ke kat saya. :')
Aminnnn.
PadamBudak,....lamanya menghilang! Awat fb, IG semua macam dah lenyap nih? Nway, glad to hear from you. Tungguuuuuu! Nanti akak datang.
salam takziah
BalasPadamThanks, Firah!
PadamTakziah untuk keluarga arwah... semoga ditempatkan dikalngan hambaNya yang beriman
BalasPadamAminnn. Mudah2an begitulah.
PadamSetiap pertemuan pasti ada perpisahan. Moga arwah tenang di sana. Al fatihah
BalasPadamPerpisahan itu memang sesuatu yang pasti,..
PadamSalam takziah..semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh...
BalasPadamTerima kasih atas doanya, kak.
Padamsalam takziah..
BalasPadamTerima kasih, Lea.
Padaminnalillahi rajiunn.,
BalasPadamSudah sampai janjinya dengan Pencipta, wak.
PadamInnalillahiwainnailaihirojiun.
BalasPadamSalam takziah untuk Farah dan seisi keluarga arwah. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan tempatkan arwah bersama golongan yang beriman. Aamiin.
Kesian baby yang baru lahir tu.
Aminnnn. Terima kasih atas doanya, Cik Azz. Itulah, simpati mengenangkan nasib bayi yang baru lahir tu....tetapi Allah tahu yang terbaik kan,...
PadamSedih baca
BalasPadam😭😭😭
PadamAl-Fatihah... Semoga roh tenang di sana...
BalasPadamAminnnn.
PadamTakziah buat keluarga...
BalasPadamMoga mereka tabah dan cekal menerima kehilangan yang tersayang.
PadamTerkesima rama rama part lawyer tu... Adehhh...
BalasPadamTerkesima rama-rama? Kihkihkih 😂
PadamTakziah. Alfatihah. Dari Dia kita datang, kepada Dia jua kita akan kembali.
BalasPadamTerima kasih, Ainniah.
Padammengenang air mata
BalasPadam😭😭😭
Padamtakziah .. ada baca status farrah kat instagram pasal pemergian ni
BalasPadamTerima kasih, Intan.
PadamTakziah. AlFatihah.. ada juga baca status fb tu. naik di wall .. walau tak mengenali, tetapi dari penceritaan kak farrah, Rose jadi sebak.
BalasPadamThanks, Rose. Oh, naik di wall juga ye...mudah2an dia tenang di sana.
Padamawwww, saya baca dan saya termenangis. takziah. innalillah
BalasPadamAllahu Akbar. Maaf buat siti tersentuh.
PadamWalaupun zarith tak kenal sahabat akak ni, tapi bila akk cerita bergenang juga air mata ni, huhu.. Semoga rohnya dicucuri rahmat
BalasPadamAmin. Mudah2an dia tenang di sana.
Padamsalam takziah alfatihah...
BalasPadamal-fatihah buat kawan akak
BalasPadamAssalam takziah akak, moga Allah tempatkan sahabat akak diakalangan yang beriman
BalasPadamkita doakan yang baik baik je ok
BalasPadamSebak baca coretan ni..biasa org yg baik mcm ni allah lebih syg!
BalasPadamAwal jan jgk len satu opis sis Jm pegi dulu kuga kategori org yg baik ..punca sakit jantung..umur awal 40an...meninggal pg jumaat...
BalasPadamAl fatihah buat arwah aminnn
BalasPadamOhhh dah tahu berapa umur farrah ��
BalasPadamLawyer? Kelu lidah kapp
BalasPadamAmbil art! Patutlah mmg minat dari sekolah lagi
BalasPadamInnalillahiwainnailaihirojiun. takziah buatnya keluarganya. kita akan rasa kehilangan dan terkilan bila kita niat nak jumpa dan contact akhirnya tak tercapai. apapun Farrah doakan dia bila Farrah teringatkannya..
BalasPadamal fatihah buat sahabat kak farrah
BalasPadamayu pon ade sorang yang boleh dikatekan bukan bestfreind pon
tapi dia sntiasa ada...