Tutorial Kraf Kertas - Hiasan Bunga Comel daripada Water Colour
Isnin, Oktober 30, 2017
Hari ini saya ingin kongsi tutorial cara-cara buat hiasan kraf (embellishment) bunga comel daripada water colour. Senang je nak buat. Tidak perlu ada kemahiran melukis atau mewarna sebab pada dasarnya bunga yang kita hendak buat ni, kelopaknya bulat-bulat. Sebenarnya, saya ada tengok satu video kraf, tak ingat di mana dan bila. Crafter tu lukis kelopak-kelopak bunga mawar cantik sangat! Bunga-bunga diwarnakan dengan teliti siap guna tona warna yang berbeza.
Dapat inspirasi dari video tersebut, saya buatlah bunga-bunga comel ini. Tetapi apa yang saya hasilkan sudah saya improvised kepada versi simple. Insya-Allah kalis gagal punya projek. Jika hendak dijadikan aktiviti dengan anak-anak pun tak ada masalah.

Inilah bunga-bunga comel yang saya maksudkan. Bunga-bunga ini sesuai dijadikan hiasan untuk kad atau scrapbook. Hiasan untuk backdrop photo booth pun cantik. Sweet sweet gitu!