NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 27 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Rabu, 22 Januari 2014

Sambal Hijau Ikan Bilis dengan Biji Cempedak


Belakangan ni ibu murah rezeki cempedak. Kawan-kawannya yang ada dusun dan kebun rajin beri ibu buah cempedak. Beraya sakanlah kami sekeluarga makan cempedak goreng. Tak cukup dengan itu, biji-biji cempedak yang tak dimakan kitorang pakat simpan. Tak buang tau! Untuk apa?

Tattadaaaa! Untuk buat lauk. Di bawah ini salah satu menu menggunakan biji cempedak.


Biji cempedak tu direbus terlebih dahulu. Then, dikupas kulitnya. Buat sambal ikut citarasa sendiri. Saya buat sambal hijau. Teringin nak makan pedas-pedas sikit. Dah siap sambalnya, gaulkan dengan ikan bilis goreng dan biji cempedak yang telah dipotong. Bayangkanlah makan sambal yang pedas menyengat bersulam dengan kerangupan ikan bilis dan rasa lemak-lemak biji cempedak. Fuhhh! Terangkat!!

4 ulasan:

  1. biji cempedak rebus dengan air campur dengan garam sikit..makan cam tu je pon sedap

    BalasPadam
  2. @Sue Bee baca komen Sue Bee boleh kecur air liur lah!

    BalasPadam
  3. sis JM x boleh mkn biji cempedak nanti perut kebung huhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh,..sis. Jauhkan diri dari biji cempedak ye :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...