728 x 90

Sabtu, 7 Jun 2014

Tutorial Kraf - Buat Bunga 3D Guna 'Craft Punch'

Sebelum ini saya beri sneak peek je, kan? Hari ni, saya tunjukkan caranya.

1. Pilih mana-mana craft punch bentuk bunga. 'Punch' kertas atau kad untuk dapat potongan seperti dalam gambar di atas.

2. Carilah pelapik yang berspan (misalnya pelapik yang biasa kita jumpa dalam bekas kerongsang tu). Dengan menggunakan 'tip'/muncung bulat alat hias kek*, tekan bahagian tengah bunga hingga kelopaknya naik ke atas.

*Alat ni selalu digunakan untuk buat bunga fondant dalam seni hias kek. Kalau jumpa set yang murah, belilah. Sebab dalam kraf kita boleh guna untuk bentuk 'clay'. 

3. Kuntuman bunga yang sudah dibentuk. Belum cukup cantik lagi ;) So, masa untuk tambah manik atau 'diamentes'. Lekatkan pada bahagian tengah bunga.

Sudah siap! Gunakan untuk hias scrapbook, hias kad atau kalau nak tambah seri 'notice board' dalam kelas/pejabat pun boleh. Selamat Mencuba!



11 ulasan:

  1. Wahhhh ! Bestnya. Nak try. Thank u for share ^^

    BalasPadam
  2. senang nye..time kasih atas perkongsian...

    BalasPadam
  3. Selamat mencuba, Efa & Fiza :)

    BalasPadam
  4. menarik ni.. tapi saya puncher pun tak ade lagi.. hehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa, Intan. Slow...slow :)

      Padam
  5. good..ada idea dari sini... kak farah kalai xguna kertas guna kain boleh ka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorry Zarul lambat reply. Tak leh guna kain atau felt. Punch begini sesuai untuk potong kertas je :)

      Padam
  6. kt mana nk beli alat yg hujung bulat tu area kl?thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cari di POPULAR Bookstore. Bahagian alat tulis :)

      Padam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...