Resepi Telur Dadar Lobak Merah

Sabtu, Ogos 23, 2014


Selalu saya sediakan telur dadar biasa je. Kali ni, saja nak tukar selera saya buat Telur Dadah Lobak Merah pula :) Saya gunakan gegelang bulat telur (egg ring) untuk hasilkan telur dadar versi mini. Buat individual portions

Egg Ring

Resepi Telur Dadar Lobak Merah

Bahan-bahan:
  • 2 - 3 biji telur
  • 3 biji bawang merah (hiris halus)
  • 1/4 batang lobak merah (hiris memanjang)
  • 1 tangkai daun sup (potong halus)
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit mentega atau marjerin

Cara Penyediaan:
  1.  Pukul telur bersama bawang merah, lada sulah dan garam.
  2. Panaskan kuali leper. Letak sedikit marjerin/mentega. Kemudian, ratakan sedikit marjerin/mentega pada bahagian dalam egg ring supaya telur tidak melekat.
  3. Letak egg ring di atas kuali. Masukkan telur yang dipukul tadi hingga separuh penuh. Kemudian, taburkan dengan daun sup dan hirisan lobak merah. Biarkan seketika hingga bahagian bawah telur masak. (Api dapur jangan terlalu kuat.)
  4. Angkat egg ring apabila telur sudah mula membentuk dan boleh dipisahkan. Terbalikkan telur supaya bahagian atasnya pula masak. 
  5. Sedia untuk dihidang!


Boleh juga ditambahkan 1 sudu besar mayonis pada adunan telur supaya rasanya lebih lemak. Selain daripada letak lobak merah dan daun sup, boleh manjakan deria rasa dengan hirisan kobis atau taburan bawang goreng.
 
SELAMAT MENCUBA!






10 ulasan

  1. Sedappppp..hehe..egg ring dh ada..nnti nak try lh ...

    BalasPadam
  2. wah mcm sedapnya kak..boleh cuba ni ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap, dik. cubalah. nak sediakan pun senang :)

      Padam
  3. sekali sekala ubah cara masak ok juga ni

    BalasPadam
  4. Tengok sayur2 yang penuh kat telur rasa macam bestnyeeee..

    BalasPadam
  5. terliur tgk! sesuai ni nak paksa budak2 makan sayur

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.