Resepi Mi Claypot Cranky Chucky

Sabtu, Oktober 11, 2014

Entri follow up. Last time hanya kongsi gambar hidangannya untuk tatapan mata. (Baca di sini, ya.) Hari ni baru sempat nak sertakan resepi. Sebelum ni, punyalah bersungguh-sungguh minta Chucky resepinya,..dah dapat, lupa pula nak update. Thanks so much, Chucky!

Mi Claypot Cranky Chucky

Resepi Mi Claypot Cranky Chucky (3C)
(Untuk 4 - 5 orang)

Bahan-bahan:
  • 200g isi ayam/bahagian dada - (dipotong kepada ketulan kecil)
  • 100g cendawan shitake (dihiris nipis)
  • 5 ulas bawang merah (diricik halus)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1/2 batang lobak merah (dipotong dadu/hiris memanjang)
  • 2 batang celery (dihiris nipis)
  • 2 biji tomato - setiap satu biji dipotong kepada 4 bahagian
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • cili api (mengikut citarasa)
  • garam secukup rasa
  • 2 biji telur
  • 2 1/2 bumbung sudu tepung jagung diletakkan sedikit air

Cara penyediaan:
  1. Buat stok terlebih dahulu - rebus isi ayam dan lobak merah sehingga mendidih. Kandungan air agak-agak. Jangan banyak sangat. Nanti boleh ditambah kemudian.
  2. Masukkan cendawan shitake beserta bawang putih dan bawang merah.
  3. Masukkan cili kering, celery, tomato, lada hitam, garam dan cili api
  4. Apabila semua bahan telah sebati, perlahankan api. Kemudian, masukkan 2 biji telur satu persatu dan biarkan menggelegak untuk beberapa minit.
  5. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung. Pastikan kuah sentiasa dikacau hingga teksturnya memekat sedikit.
  6. Kalau ada hot plate atau claypot, masukkan yee mee dan simbahkan dengan kuah panas-panas. Jika tidak, boleh celur sekejap yee mee supaya lembut, barulah dihidangkan dengan kuah.
SELAMAT MENCUBA!


20 ulasan

  1. ahaa...ri tu x letak resipi kan...psstt..sis dh Copy n Paste lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan, Sis! Nanti kalau dah try, kasitau kena dgn selera ke idak ye...

      Padam
  2. Baru first time tengok mi claypot camni kak farrah....lain dari lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mi ni sesuai utk yg tak gemar makan mi kicap :)

      Padam
  3. pergh, pasni memang kena try. tak pon nanti saya tunggu depan pagar rumah kak farrah. hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak tunggu depan pagar pun kena inform dulu, budak.
      Dibuatnya hari tu akak tak masak, tak ke naya :)

      Padam
  4. urghhhh kak farrahhhh....
    nak kene try nie...
    tapi kene tuka yee mee tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah ayu. Pakai mi sua boleh, bihun boleh, mee kuning pun sedappp!

      Padam
  5. bestnyeee.. CT ni ske aje nak masak tapi sebab dalam rumah ni ada tiga orang aje.. kang penat nye lebih.. baik goreng telur n kicap kekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, CT. Setakat dua tiga orang, tak berbaloi masak. Penat je lebih nak kemas2 lagi ;)

      Padam
  6. Pergi rumah akak jelah, hahaha, lagi senang, :3 akak masakkan untuk aina ye? HAHAHA. XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kecil tapak tangan, halaman rumah akak tadahkan.
      Tapi kena makan banyak2 sampai kenyang tau!

      Padam
  7. tgok resepi ni lg laa.. adoii.. kelaparan mlampau lampau dibwt nyaa.. help! huhu

    BalasPadam
  8. Ermmm..bahan2 mi nye menggunung.
    Memang saya suka kalau camtu.

    BalasPadam
  9. yeah yeah yeah... ada resepi :D

    tapi takutlah dengar nama chucky tu... terbayang.... haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kalau dah terbayang potong selera pulak nak makan kan,...tukar nama kpd Mi Claypot Amazing Amy haaa....OK tak?

      Padam
  10. kite tak suke masak, hahaha
    akk post sini siket boleh? sbb kite suke makan jee, kiki

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.