728 x 90

Isnin, 19 Januari 2015

2015 Money Challenge

Sebelum ni saya dah cerita tentang hajat hati yang nak buat Book Challenge kan? Baca mengenainya di sini. Haaa,..ini satu lagi cabaran yang menarik untuk disahut. Money challenge. Tahun ni saya memang berazam nak menyimpan lebih banyak RM :) 52-week Money Challenge ni akan jadi tabungan 'tidak boleh usik langsung' saya. Mudah-mudahan by the end of 2015, saya akan dapat depositkan RM1, 378 dalam akaun.

2015 Money Challenge

Siapa nak cuba buat? Jom! Boleh cetak gambar ni untuk buat checklist. Mudah je sebenarnya,..berapa yang perlu kita tabungkan bergantung kepada bilangan minggu dalam tahun tu. Minggu pertama RM1, minggu ke 32, RM32 lah. Sekarang ni dah minggu keempat, jadi jumlah tabungan sepatutnya dah ada RM10 =)

Tetapi, saya cadang nak buat modifikasi sedikit. Saya fikir saya nak buat selang-seli. Selangkan minggu awal dengan minggu akhir. Contohnya, minggu ini ikut minggu ke - 4,.. minggu depan saya akan lengkapkan minggu ke-52. Jadi, hujung-hujung tahun nanti tak adalah sesak nafas nak asingkan lebih kurang RM50/minggu.


65 ulasan:

  1. macam nak buat jugak yang ni. heheh :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila, Dik Nani. Sila. NI dah minggu 4, masuk tabung RM10 siap2!

      Padam
  2. wah..bagus nie..nak try jugak..gambate farra

    BalasPadam
    Balasan
    1. Arigato gozaimashta, Khaty! Jom Khaty kita buat challenge ni sama2 :)

      Padam
    2. dah start farra,nie dok reka buat tabung..ngeee

      Padam
    3. Chaiyok! Chaiyok! Nanti boleh share rupa tabung kat blog Khaty :)

      Padam
  3. Wawa start awal tahun aritu.. ltk dlm tsbung, wajib paling kurg rm2.. setiap pagi, b4 gi kerja masukkan dlm tabung.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus jugak tu, Wawa! Semangat! Semangat! Jom kita sama2 menabung.

      Padam
  4. sangat menarik.. macam nak buat jugak (harap2 konsisten, haha)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom buat sama-sama. Hihihi karap kita konsisten hingga ke hujung 2015 :)

      Padam
  5. Salam. Hee satu idea yang menarik dan semoga berjaya. Usaha tangga wang terkumpul ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Thanks, tiga lalat. Suka tang 'Usaha tangga wang terkumpul' tu :)

      Padam
  6. Nak buat gak la. Tq farah..

    Tapi yg modifikasi yg farah tulis katparagraph terakhir tu tak berapa faham la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, maksud saya. Saya tak akan ikut turutan minggu sangat. Kalau minggu tu ada duit lebih, saya akan pilih amaun minggu2 akhir contohnya minggu 52, ke,...minggu 51 ke. Sebab kalau dah hujung tahun tu, dalam sebulan kita kena asingkan roughly RM200, lebih kurang RM50/minggu. Saya ni pula jenis kalau hujung tahun je bajet akan tergelincir, jadi seksa jugak nak asingkan sebanyak itu.

      Jadi saya pilih untuk buat selang seli. Minggu ni ikut minggu yang sepatutnya - Minggu 4 = RM4,..then minggu depan saya ambil minggu ke 52 = RM52. Minggu seterusnya - Minggu 5 = RM5. Lebih kurang begitulah. Last2 nanti jumpa kat tengah, around RM25/26 je seminggu :)

      Padam
    2. ooo..mcm tu... ya lah... buat hujung2 xda duit..dh xkonsisten

      Padam
    3. Betul. Nanti perit nak cakar duit utk tabungan :)

      Padam
  7. bagus juga challenge ni kak..mendidik dan mendisiplinkan diri menabung..semoga berjaya kak farah..rasa nak buat juga.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Wana. Jomlah buat sekali :)

      Padam
  8. Kreatif jugak nih... boleh gunakan style ni untuk simpan duit... saya start bulan ni nak simpan 10% dari gaji saya setiap bulan... kalau ada balance berjimat akan simpan lagi balance tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat menyimpan, Najib! Bagus gak peruntukkan siap2 sebahagian daripada gaji. Ala2 KWSP sendirian berhad lah ni. Then, ada lebih, kita tabung lagi.

      Padam
  9. SS dah buat MC ni dari Jan 2014... Tapi... Jan 2015... Dahhhh abissss! Ha Ha Ha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. msti dh hbis nk bawak pegi Hong kong ni

      Padam
    2. SS special. Sebab selalu travel...so kena buat dua tabung! At least satu dah habis, ada back up :)

      Padam
    3. Tabung ayam SS dah pecah... Ha Ha Ha..

      Padam
    4. lepas ni guna tabung lain lak..tabung badak ka..besar cikit..hehehehe

      Padam
    5. Guna tin biskut pun tak pe, SS. (In case tabung badak susah nak carik!) :)

      Padam
  10. baru start menanbung tapi belum boleh konsisten lagi.. harap tahun baru nih boleh cuba sebaiknya..

    BalasPadam
  11. bagus idea kak farah.. boleh try jugak lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. try jgn tak try ZF...nanti hujung tahun masing2 tunjuk bukti dalam buku akaun..ada beran! heee

      Padam
    2. Hahaah wajib ada RM1, 378!

      Padam
    3. Dah masuk akaun.... Kuar balik...

      Padam
    4. hahaha tu masalahnya..bila dh masuk..dia keluar balik hehhehe

      tapi xpa akn diusahakan...

      Padam
  12. menariklah cabaran nih..sis JM nk sahut jugaklah cabaran nih...dah copy paste pun pastu print..nanti tanda je :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan kita berjaya buat cabaran ni sampai akhir, sis!

      Padam
    2. SS cabar JM... Ha Ha Ha...

      Padam
    3. ok jom... hahaha sapa berjaya dia belanja...

      Padam
  13. Wahhh...macam menarik je ni...heeeeeee
    Boleh try juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom Nad! Boleh buat 1 tabung untuk Harith gak :)

      Padam
  14. selamat menabung Kak Farrah.. fighting !!
    nak buat ni kena ada fix income dulu..
    CT hihi outcome aje ada semua =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe,..CT susul kemudian k.
      Mana tau dapat untung/upah buat cupcakes leh la menabung :)

      Padam
  15. eh, menariklah. nak try jugakla.. tahun lepas, Ros cuba aingkan RM1 yng ada dalam dompet. Alhamdulillah berhasil. ingat nak try Rm5, tapi dah jumpa cara ni, nak buat yang ni lah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom cuba sama-sama. Akak biasa gak tengok orang asing RM1/RM5...takpe tahun ni kita cuba ikut minggu ye..

      Padam
  16. Menarik, tapi saya tak yakin mampu buat challenge ni :(
    Cuma bila duit scholar masuk awal2 sem, saya akan asingkan siap2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa, macam tu boleh gak. Kalau tak asing memang boleh terguna semua :)

      Padam
  17. Balasan
    1. Ish tak delah. Jumpa yang orang shared. Ada yang buat challenge ni sebagai Travel Money Challenge, macam-macamlah objektifnya...yang pasti hujung tahun kena ada sebanyak tu!

      Padam
  18. saya pun dah beli tabung yang tak boleh buka dan nak ikut checklist ini...harap berjaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. tabung saya semua leh buka bawah...adohai mcm mna ni

      Padam
    2. @aRz - Bagus tu, aRz. Moga aRz berjaya ikut checklist. Hujung tahun kita deposit duit ramai2 ye.

      @ZF - Gi usahakan tabung yang tak leh bukak.

      Padam
  19. kat rumah anis memang ade satu tempat khas utk letak duit lebihan kira macam syiling ke duit seringgit ke.. motif buat tu sebab klau dalam keadaan terdesak nak guna..xpayah risau lagi.. ade je duit tersepit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang elok buat macam tu. Duit-duit lebih belanja kumpul dalam satu balang. Kalau tedesak adalah duit back-up :)

      Padam
  20. Moga berjaya kak farrah :)
    Saya menabung kat nuffnang je mampu. Tunggu dah stabil bru cuba MC ni ^^

    BalasPadam
  21. wahh menarik nie..
    ayu nak share kat blog boleh x kak farrah...
    nak kumpul cara macam ni plak..

    BalasPadam
  22. Wow... best ni money challenge...

    Okay start mgu dpn... mgu 3/52

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...