Cara Paling Mudah Menyediakan Ayam Adobo (Chicken Adobo)

Ahad, Januari 18, 2015

Resepi Mudah Ayam Adobo. Hari tu beri sneak peek untuk jamu mata je dalam entri sebelum ini. Sekadar tunjuk gambar hidangan tanpa diselitkan resepi. Hari ini saya kongsi resepi penuh ayam adobo yang sedap dan mudah disediakan.

Terdapat pelbagai cara dan resepi untuk menyediakan lauk ayam adobo. Antaranya adobo menggunakan resepi yang asas tanpa santan, adobo dengan santan malah adobo makanan laut juga ada!

Jom lihat resepi. Di bawah ini resepi asasnya, tidak pakai santan. 



Ayam Adobo


Resepi Ayam Adobo

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 300g - 400g ayam 
  • 1 cawan cuka
  • 3/4 cawan kicap (saya guna kicap lemak manis Jalen je. Bukan kicap pekat, bukan kicap cair.) 
  • 1/2 labu bawang putih (asingkan, titik dan buang kulitnya)
  • 1 - 2 sudu teh lada hitam biji - Tidak perlu ditumbuk/dihancurkan kerana kita mahu rasa lada hitam yang tidak terlalu kuat. Just nice.
  • 2 - 3 keping daun salam.
  • Garam (jika perlu)
  • Sedikit minyak untuk menggoreng ayam.

Cara penyediaan:
  1. Bersihkan ayam. Perap ayam bersama cuka, kicap, lada hitam, bawang putih (jangan lupa titik/tumbuk dulu untuk keluarkan rasa garlicky-nya) dan daun salam. Ada yang perap semalaman supaya perapannya lebih mesra. Saya perap 2 - 3 jam je. Dah cukup dah, insya-Allah.
  2. Setelah diperap, gunakan frying pan (kuali leper) dan panaskan sedikit minyak. Sedikit sahaja tau! Goreng ayam hingga masak dan bahagian luarnya crispy sedikit. Balik-balikkan ayam supaya gorengan sekata.
  3. Setelah ayam masak, masukkan kuah perapan tadi dan didihkan seketika sehingga liquidnya reduced dan memekat sedikit. Perasakan dengan garam (jika perlu). Jika mahu kerangupan bahagian ayam dikekalkan, keluarkan ayam dari kuali sebelum reneh dan pekatkan kuah. Apabila nak dihidangkan baru masukkan ayam ke dalam kuahnya. Dua-dua cara pun boleh.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!




55 ulasan

  1. ni juadah negeri mana ni...hehe first time dengar. Nampak sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. makanan orang Filipina, Ema :) memang sedap,..masam-masam gitu

      Padam
    2. owhh..makanan filipina..huhu..baru tau..hihi

      Padam
  2. Balasan
    1. Takkkk,...tapi bila tengok kerja & material untuk FSE mmg ingat kalian ;)

      Padam
  3. hoyeeahhh!!! tq kak farah cayang sebab share resepi ayam adobo ni..erm, terliur lagi ni nampak gambar ayam ni..ayooo..;D insyaallah bila dah ada semua bahan wana nak try buat..sebab simple tapi nampak sedap sangat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak kalau pakai kicap pekat biasa tu boleh atau kena pakai kicap jalen juga baru sedap?

      Padam
    2. Boleh je, Wana. Cuma kalau guna kicap pekat kena tambah air sedikit & adjust garam :)

      Padam
    3. oh macam tu..ok, thanx banyak akak..kalau wana malas nak buat..datang gi umah akak ja la ya?? hee..

      Padam
    4. Boleehhhhhh. Ketuk je pintu, bagi salam,..bawaklah tupperware ke mangkuk ke :)

      Padam
  4. akhirnyaa kak farrah share jugak adobo chicken ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe akhirnya,...jangan cuba buat Inani. Best ni :)

      Padam
  5. Kenapa ayam ni dipanggil adobo ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab 'adobo' maksudnya perap & ayam ni diperap dgn cuka :)

      Padam
  6. rajinye kak farah.. blh try ni.. ")

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak rajin mana, Wawa. Resepi senang rajin sikitlah nak angkat senduk :)

      Padam
  7. Adoiii... SS dah laaa lapo... Nampak plak gambo makan... Adusss...

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. ZF..nanti jemput akak rasa leh..akak nk buat food tester :-)

      Padam
    2. boleh ja..pa2 hal sakit perut dulu sis la noh...hehe

      Padam
  9. Daun salam? susah jugak nk dapat nih...biasa Farrah beli kat mana eh daun nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat pasaraya... xpon tgk bahagian kering... hihi tlg jwb... betul ka x la...

      Padam
  10. mesti rasanya masam2 manis kan... nampak menarik... :D

    BalasPadam
  11. amboi namanya.. Adobo gitu.. nasib tak Adobe photoshop =D elokla Kak Farrah kasi recipe kat yang rajin masak.. suruh CT hakhak.. peramnya semua recipe. tah bila nak masak muahahha.. dasar pemalas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bak kata SS..kalau pemalas..pemalas jugak...hihi

      Padam
    2. @ CT -Belum datang rajinnya. Nanti, bila dah rajin,..pagi petang siang malam bertukang kat dapur!

      @ZF - Amboi, bukan main lagi ZF quoted SS :)

      Padam
  12. tak pernah lag dengar resepi ni.... resepi dari mana ni sis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Resepi tradisional orang Filipina, ekin :)

      Padam
    2. ooooo.... kalau daun salam ni boleh cuba resepi ini... sejak jadi wife orang 8 bulan ni masih terkial2 lagi nak memasak menu... haahhahah... asyik menu yang sama menu abang n mak mentua suka... menu ekin suka takut diaorg tak makan....

      Padam
  13. dia macam ayam masak kicap ja kan.. cuma beza ada cuka ja..saya xberani lgi nak pakai cuka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih kurang macam masak kicap, ingredients yang buatkan rasanya beza - cuka, pepper & daun salam tu :)

      Padam
  14. Daun Salam?
    Hospital SALAM saya taulah - kat Senawang, Seremban.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh ye, Shikin. Daun salam tau,..bukan hospital SALAM :)

      Padam
  15. Masam2 rsenye? Blh cube ni.. Papaglamz suka yg masam2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau suka masam2, rasanya hidangan ni memang sesuai utk papaglamz :)

      Padam
  16. alaaa. silap blogwalking pada entry dan waktu yang salah. sekarang tengahari. tengok pula resepi....laparrrr

    BalasPadam
  17. kemarin dlm spice route Adabi kat TV3 chef tu pon msk ayam adobo hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke... akak tak tengok. Senang je kan nak prepare adobo :)

      Padam
  18. Makan adobo ingat jericho rosales tak? Hehe

    BalasPadam
  19. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    salam perkenalan..

    datang dari Giveaway Travelog Oman IIUM by Blog Iqa :D

    PS : Nak Beli Chocolate MOist Cake yg Super Murah?

    BalasPadam
  20. kan?
    kalau resepi pelik2 je mesti kat blog akk..
    heheheeh mmg tak pernah dengar pon

    BalasPadam
  21. Saya akui, banyak benda baru yg sy dgr dan lihat sejak membaca disini. Hohoho

    BalasPadam
  22. Saya mintak izin copy ya :) Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan, Nad. Selamat mencuba resepi adobo ni :)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.