Sabtu, Mei 09, 2015

Hadiah Kasih Sayang Siti Humairah

Assalamu'alaikum. Salam Sabtu! Selamat Berhujung Minggu. Ini entri penghargaan buat adinda Siti Humairah a.ka. sitiroro a.k.a S.Y.M. Rasanya kalian semua dah kenal dengan Dik Siti kita yang sweet and 'fwenly' ni.

Awal minggu lepas, Siti dah maklumkan pada saya yang dia akan pos something. Apa yang dihantar,..sebab apa,...Surpriseeeee! Cik adik manis ni suruh saya tunggu dengan sabar sebab tu 'parcel kasih sayang'.

Terima kasih kepada perkhidmatan cemerlang dan efisien Poslaju Malaysia. Genap 7 hari saya terima parcel saya. Memang menanti dengan penuh pasrah dan redha. Kalau semai benih dah naik jadi anak pokok dah! Tak mengapalah. Alhamdulillah, sampai juga dengan selamat.

Momen paling indah,..buka parcel!


...dan apabila dibuka sampulnya,...

Untuk my craft projects.

Nampak tak? Dah macam isi kandungan harta karun dah! Punyalah excited, saya lompat-loncat-dan-lompat-dan-loncat-lagi penuh kegembiraan. Semua di atas tu belated birthday present saya. Ada banyakkkkk pelekat untuk projek-projek kraf saya (So sweet, siap belikan akak alphabets and numbers stickers.), ada kertas bercorak, hiasan glow in the dark, pastel gel pen, sekeping kad birthday yang soooo comellll dan,...dan,.....tiga keping setem Filipina! Seronoknya! Bertambah inventori barang kraf, bertambah koleksi setem & filateliku!

Buat Dik Siti, thanks so much. I was flabbergasted. Terkejut. Teruja. Terharu sangat-sangat. Akak suka setiap satu hadiah yang Siti beri. It is a parcel kasih sayang. Touching mengenangkan Siti bersusah-payah beli barang-barang ni untuk akak. Based on minat akak. Very thoughtful of you

Moga Allah mengurniakan Siti dengan ganjaran yang setimpal. Akak doakan Siti akan dapat kerjaya yang terbaik, yang sesuai dengan Siti. Dianugerahkan kesihatan sempurna untuk jalankan urusan dunia dan akhirat. Dikurniakan rezeki mencurah-curah, melimpah ruah, kebahagiaan dan keceriaan berlipat ganda.

Kad Birthday Siti  naik board. Sebelah birthday card Shikin :)
Bagi yang belum kenal Siti atau tak sempat jengah Siti sebelum ni, ringankan jemari anda untuk klik pautan ini. Tiga perkataan untuk Blog Siti Yang Menaip: Travel| Food| Life (Personal). Bacalah kisah-kisah travelnya dan yang paling saya suka - food review. Yummo!!!

Last but not least,...
Thanks so much, Siti!

80 ulasan:

  1. Kak Siti yang bagi rupanya benda-benda comel tu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, Farah. Farah nanti akak datang bw ye. Lama rasanya tak intai Farah.
      Take care, dik.

      Padam
    2. CT pun lama tak jenguk Farah.. pelan2 ni dok jenguk kawan2..

      Padam
    3. Mari kita kayuh pelan-pelan.

      Padam
  2. Waahhh banyaknya.. leh lah akak hasil something ngan hadiah tu nanti.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihihi semestinya, Syida. Dalam otak dah rangka2 dah nak buat kad dengan sticker tuh

      Padam
  3. untunglah awak dear... cantik dan comel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi akaklah Ahmad Albab yg beruntung, Mama Niza. Sampai bawa ke mimpi :)

      Padam
  4. dah boleh agak dalam entri sebelum ni..mesti CT yg bagi kan.....thoughtfull betul CT ni..beri something yg mmg kena dengan jiwa Farrah....sib baik sis JM x dapat..kalau dpt mmg pening lah..nk buat apa lah dgn semua tu :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa, sis! Ni saya cakap awal2. Kalau sis dapat hadiah macam ni dan tak tahu nak buat apa,...INGAT SAYA :)

      Padam
    2. kalo dapat menda2 cem ni Akak JM kena post ke Kak Farrah.. ada lah tu nanti
      idea datang nak kerjakan benda2 ni semua..

      Padam
    3. Yessss! Saya pakai magic, tukarkan jadi something & hantar balik pada Sis JM :)

      Padam
    4. gift tuk Farrah dh masuk sampul...tapi fenin nk buat kad 'thank u' yang comei cam Farrah pernah pos pada ahkak sob sob sob...x kreatif...kalau nk cepat cam nk g cari di kedai je

      Padam
    5. Ada ura-ura nak meloncat lagi ni. Alahai, sis! Tak perlu susah-susahlah,..sapa kata akak tak kreatip?

      Padam
  5. bestnye dpt benda2 comel.. jelesnye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa ezy pun mesti suka mende2 ni. Ezy kan minat decorate & hias2 ni.

      Padam
  6. parcel kasih saaayang oookay.. sbb sesi memilih items dibuat secara teliti wakakaka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang parcel penuh sarat dengan kasih sayang! Thanks so muchhhhh! Mmmuuuuahhhhhh!

      Padam
    2. uuuish sarat.. sarat mengandung iii kasih sayang =P

      Padam
    3. Berat tau! Agaknya sebab tulah lambat sampai. Jenuh nak travel ;)

      Padam
    4. Amboiiiiii! Lomantik gitew.... Ha Ha Ha...

      Padam
  7. hope Kak Farrah suka.. each time bace entry Kak Farrah rasa nak topap items ni semua.. tngk entry gel pen baru tahu suka gel pen.. p cari =P bace entry kumpul setem tingat plak CT penah exchange item ngan penpal kat filipin.. ada setem filipin banyak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihihi so thoughtfullah CT! Kembang setaman hati akak. Bilik kraf tok sah ceritalah, berseri2 masuk barang baru ;)

      Padam
  8. yang lain bleh gak hadiah.. kena p blog CT sbb ada free gift.. free internet hug ^^

    BalasPadam
  9. singgah lagi nanti bace entry lepas yaaa.. nampak kat dashboard trus xcited nak bace hahaha.. thank u Kak Farrah for the wishes.. amin amin.. same goes to u oookay #muahciked..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun tadi sempat terjah CT separuh jalan je then ada kerja nak buat. Jumpa lagi malam nanti. Nah, akak flying kiss!

      Padam
  10. Hepy belated befday kak farah.. Sooo sweeetttt...😊😊

    Smg umr yg Allah beri ni dipenuhi dgn iman serta amal..😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnnnnn. Thanks, Wawa. Actually birthday akak bulan 2,..tapi alhamdulillah rezeki dapat hadiah sampai ke bulan 5 :)

      Padam
  11. wahhh.... besday ke tu leh dpt hadiah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni hadiah birthday version super belated, Ri :)

      Padam
  12. wah comel-comel hadiah hadiah tersebut :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang comel, Nabihah. Tak puas belek hihihih

      Padam
  13. Ct bagi rupanya bertuah kak farah... memey kena dgn.citarasa tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jeles pulak tengok hahahahaha

      Padam
    2. Sila jeles sikit je,...jeles byk2 tak elok utk hati :)

      Padam
    3. Hihihihi..jeles sgt2 syok kalau dpt mcm tu blh join kak farah

      Padam
  14. wahhhh comel2nye siti bagi kak farah! dah naik board dah tu ha :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kad je naik board. Lain2 masuk lemari barang2 kraf :)

      Padam
  15. rezeki. bestnya dapat hadiah kasih sayang. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best! Akak jadi kanak-kanak riang ribena jap :)

      Padam
  16. banyaknya.. bertambah-tambah hasil kraf kak Farrah nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat penuhkan store collection Kak Farrah..

      Padam
    2. seronok laa kak Farrah dah boleh penuhkan store collection, malah boleh create something special lagi..

      Padam
    3. Hihihih sticker2 tu dah gantung kat rak :)
      menunggu utk digunakan.

      Padam
    4. tak sabar nak tengok hasio kraft kak Farrah guna barangan nih..

      Padam
    5. Insya Allah, nanti muncullah hasilnya kat blog ni :)

      Padam
  17. mmg sonok kalau dpt hadiah cenggini...hati berbunga-bunga hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah jadi taman dah hati saya ni, Sis D!

      Padam
    2. hahahah...dh leh wat tempat pelancongan dh tu farrah

      Padam
    3. Hahaha sis D nak datang melancong boleh. Tak de entrance fee :)

      Padam
  18. tahniah kak Farrah! ini memang betul-betul sayang namanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Sal. Siti kalau baca ni mesti kembang kempis hidungnya :)

      Padam
    2. hehehe.. sengih2 ke telinga baca =D

      Padam
  19. Pen tu comel kak farah.. pen apa tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pen tu gel pen warna pastel. Sesuai utk tulis atas kertas gelap. Cantik warnanya naik :)

      Padam
    2. Ooo... kalau p cari pen ni kena pen gel la ya

      Padam
    3. Haa. Kalau nak yg macam di ataslah. Kalau pen warna yg biasa pun ok. Tapi tulis atas kertas gelap tak timbullah.

      Padam
    4. ooooo gitu kena g cari la lepas ni hihihi

      Padam
  20. wah, bestnya kak Farrah! jelesnya kitaaaaaaaaaa.... syok dapat hadiah dari kak CT!! arghhhh.. ahaha. terlebih lebih lak excitednya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha terima kasih sebab terlebih excited bagi pihak akak ;)

      Padam
  21. Makin banyak idea cik farrah pasni. Hihi

    BalasPadam
  22. Owh, Si SitiYangMenanip rupanya yang bagi...ekekek. Ct..Ct..untuk Cik Mimie xde ke? ekeke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanya tu kuat-kuat sikit Cik Mimie, bior Ct dengar :)

      Padam
    2. oooohoi dengar dengar !!!! parcel kasih sayang untuk Cik Mimie baru post..
      ada dapat tak ? siap ada extra pesanan khas untuk Cik Mimie..

      Padam
  23. oh rupanya ct humairah yang bagi..seronok kan kak bila dapat barang yang memang minat kita..tahniah kak..pasti barang tu semua sangat berguna.. :D

    BalasPadam
  24. Part siap loncat tu boleh bayang.. Sebab gegarannya sampai ke Johor... Keh Keh Keh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yessss! Gegaran yg SS rasa tu bukan dari Sumatera atau Nepal,...dari kita! dari kita! Hahahah

      Padam
    2. SS ni hyperbole laaaa Kak Farrah =P

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.