728 x 90

Khamis, 26 Mei 2016

DIY Kad Hari Bapa - Tema Google




Berminat nak buat untuk ayahanda sempena sambutan Hari Bapa bulan Jun nanti? Jom! Saya sudah sediakan semua untuk kalian.

Template Kad Hari Bapa
Muat turun template kad dalam format pdf di sini.

Mula-mula, cetak template di atas kertas/kad berwarna putih. Semasa cetak, jangan lupa set 'Fit to Page' atau apa-apa yang seangkatan dengannya. Saya gunakan A4 White Manila Card 160 gsm, PopArtz keluaran POPULAR.


Setelah itu, sediakan base card. Untuk yang ini, saya guna A4 White Buffalo Fancy Card 220 gsm. Potong kad mengikut ukuran 21 cm X 21 cm. Lipat kepada dua bahagian. Jika mahu lipatan yang cantik dan kemas, gunakan paper scorer.


Base card yang sudah dilipat. Yang berwarna cream tu sampul surat untuk kad :) OK. Dah tiba masa untuk kita potong-potong dan tampal kad. Potong template mengikut saiz yang sesuai dengan base card. Jangan lupa untuk potong sentimen yang kalian mahu gunakan.


Gunakan glue tape untuk tampal template Google ke atas base card.

Seterusnya, saya guna potongan dimensional tape di belakang sentimen 'Ayah Terbaik di Dunia'. Tujuannya supaya bahagian sentimen ni timbul. Adalah efek 3D sedikit pada kad kita nanti. Lekatkan pada kotak carian. Maka, siaplah kad Hari Bapa! Oh, kalau nak buat kad bentuk laptop pun boleh, macam kad yang saya buat ni...

Tutorial di sini.


Selamat Mencuba!

Nak buat kad lain yang lebih kreatif dan menarik? Klik pautan di bawah ye.

Psstt!! Tag @faidamf di Instagram dengan sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Gunakan hashtag #famftowercrafts. Anda mungkin layak memenangi hadiah istimewa daripada saya :) 


 

36 ulasan:

  1. kalau sis JM buat kad ni utk AYAH dia mesti megucap panjang hhahaha..reason? x pernah buat seumur hidup

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahha, setuju cakap SisJM.. :D

      Padam
    2. Hehehe tak pe,..yang penting kita sayang ayah ;)

      Padam
    3. kalau ayah saya dia tanya, buang tebiat ke? haha

      Padam
    4. betul tu, tetiba jer nak bagi kad ucapan sebegini..

      Padam
  2. nice & attractive! this impressive me.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Glad that you're impressed by this, dear :)

      Padam
  3. cantik and kreatifnya kak. boleh tukar tukar best husband ke best friend ke kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesss. Boleh tukar-tukar ikut kesesuaian :)

      Padam
  4. Kad2 ni x sesuai kat my daddy.. HAHA.. belanja makan atau bagi hadiah benda2 yg digunakan sehari-hari tu ok lah.. By da way, cantik kad tu akak.. Boleh buat kat kawan2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi takpe, asal kita raikan mereka, dapat berbakti pada mereka,..
      Yess,..kad ni boleh tukar sentimen/ucapannya utk diberi pada kawan2 :)

      Padam
  5. Kretifnya. thanks for the tutorial.

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Selemat berkreativiti untuk ayah! :)

      Padam
  7. wahhhh... good idea lah sis...memang kreatif sangat...hehhe..
    nti boleh suruh anak sy buatkan utk babah nya..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa, download je template tu..mesti excited anak sis buat sendiri kad untuk babahnya :)

      Padam
  8. salam,
    kad akak buat kreatif ada saja idea

    BalasPadam
    Balasan
    1. kad simple-simple taulah, Yana :)

      Padam
  9. kalau ayah yana bagi hadiah terus lagi dia happy hehhee :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. siapa tak happy dapat hadiah, dik oiii :)

      Padam
    2. kan , tak fikir lagi nak kasi apa, kasi menantu lambat lagi hahha

      Padam
  10. simple je tapi mmng kreatiflah!

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. senyum malu-malu tenggiling jap!

      Padam
  12. Tolong buat kn plisss... hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak huda boleh buat sendiri! Kak huda pon kreatif apa

      Padam
    2. Dah tinggal nak potong2 tampal je, Cik Manisah :)

      Padam
  13. sesuai untuk anak-anak kecil bagi kepada bapa diaorang.. kalau bagi kat ayah Eyda mau mengucap panjang orang tua tu.. mesti heran apa kena dengan anak dia sorang nih..

    BalasPadam
  14. Kreatif sungguh..brtuah mereka yg msh da ayah

    BalasPadam
  15. sy sukeeee sangat2 kreatif!!!

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...