Rabu, Ogos 03, 2016

Magic Mug Bott Dah Sampai - Printcious

Ingat lagi tak entri mengenai magic mug yang saya belikan untuk Bott di Printcious? Magic mug tu saya nak jadikan hadiah bersempena sambutan Friendship Day pada Ahad, 7 Ogos nanti. Boleh baca mengenainya di sini. As a matter of fact, sengaja nak belanja Bott something. Lama tak kasi dia present. Nak tunggu birthday, bulan November jauh lagi.

So, I finalised my order with Printcious on Saturday, 30th June. Rasanya pada sebelah malam. Jika ikut standard penghantaran biasa, produk akan dihantar  dalam tempoh 3 - 5 hari bekerja (untuk lokasi sekitar Semenanjung Malaysia). So, saya target dapat pada hari Khamis atau Jumaatlah akan terima parcel. Tup tup sampai semalam, Selasa (2 Ogos). Whoaaaaa! So fast! Cepat dan efisien. Hadiah yang ditempah sampai beberapa hari sebelum tarikh event yang sebenar. Ada ruang masa untuk saya 'sorok' sekejap dan balut hadiah cantik-cantik.

Senyum lebar saya dibuatnya. Apa yang saya suka, produk dibalut dengan rapi sebelum sampai ke tangan pelanggan. Once dah sampai kat kita, elok je semua. Kotak masih in good shape. Tak kemek. Mug di dalam tu, sempurna tanpa cacat cela dalam dakapan 'bubble wrap'. Tip top!

Oh, lupa pula. Nak tengok tak rupa giftnya? Inilah magic mug Bott yang ditunggu-tunggu :)


Sabar,...sabar,... jangan pandang mug hitam tu sebelah mata. Dah nama pun magic mug kan. Jap, saya nak pergi tuang air panas.

Dah mula bertukar wajah

Terus bertukar

Tattadaaaaaa!
Fully transformed! :)
Terserlahlah secret message untuk Bott! Menarik tak? This is a perfect Friendship Day gift for her. Bott memang suka benda unik pelik begini. Glow in the dark ke,..tukar-tukar warna ke..memang dia akan fascinate. Bertambahlah koleksi mug Bott dengan adanya magic mug ni :)

Walaupun cetakan warna corak pada mug tidak seterang dan semeriah yang dipaparkan pada display (semasa saya buat order tempoh hari), saya dah cukup berpuas hati dengan hasil akhir. Kena realistik sedikitlah sebab corak tu kan dicetak atas magic mug. So, mestilah ada slight difference pada tona warnanya.

Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan pembelian saya di Printcious. Dari proses memilih produk, ubah suai dan customize produk, check out, delivery, packaging sehinggalah ke produk itu sendiri. It has been a good and interesting experience shopping with Printcious. Tunjuk kat Cekebon, dia dah mula buat senarai nak beri personalised gifts pada siapa hehehe.

It's very very very convenient. Pilih hadiah yang dirasakan sesuai untuk bakal penerima, biar Printcious lakukan yang selebihnya. Tunggu produk sampai ke depan pintu anda dengan hati tenang. Jom daftar akaun dengan Printcious sekarang. Klik di sini.

Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart


44 ulasan:

  1. cantik hasil akhirnya.. boleh laa diberikan pada yang tersayang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik dan puas hati. Nanti eyda boleh buat guna gambar anak2 bujang :)

      Padam
    2. tu laa cawan memasing letak gambar memasing.. mesti cantik kan..

      Padam
  2. saya dapat banyak hadiah mug2 macam ni kawan2 bagi.. - a small reminder of a true friendship indeed

    BalasPadam
  3. Service Printicious memang terbaik..

    BalasPadam
  4. Whoooo..mmg nganga tengok mug transform kaler..unik dan menarik..

    BalasPadam
  5. nice jugak... buat doorgift kawen cantik ni. cantik jugak nk cekau.. heheh

    BalasPadam
  6. Wuuuuuwaahhhh! Unik giloz!
    * terkebil mata jap

    BalasPadam
  7. Biasanya... Kalu mug material mcm ni... X boleh campur panas dgn sejuk...

    BalasPadam
  8. Bott boleh geng dgn Sally laa...Sally suka benda yg pelik walhal benda mudah pun..hahahaha...Happy Friendship day kakak & Bott!

    BalasPadam
  9. wah..magic!sekali tengok je boleh tau air dalam mug tu still panas ke dah sejuk..hehe

    BalasPadam
  10. Kalau air dah sejuk, mug tu tukar kaler hitam balik semula ke?
    Memang magic sungguh ni. Haha.

    BalasPadam
  11. lama da peratikan printcious ni.
    lom sempat jengah dia...
    hmmmm mcm menarik nih!

    BalasPadam
  12. wahhh comel mug.. nanti boleh la oder hehe

    BalasPadam
  13. tukar warna hitam ke putih..ada tak tukar warna hitam ke biru or pink ke

    BalasPadam
  14. magic word tu pilih sendiri or kita yg sediakan..dorang cetak je

    BalasPadam
  15. berapa harga nya..ke kena check kat website tu

    BalasPadam
  16. bila dah transform jadi putih..leh tranform ke warna hitmam semula tak..ke sekali je tranform..

    BalasPadam
  17. kalau leh transform cam transformer tu lagi menarik hehehe

    BalasPadam
  18. di bahagian pemegang tu tak tukar color sbb tak kena air panas eh?

    BalasPadam
  19. menarik! sis JM dah explore website tu..terima kasih arrah share..

    BalasPadam
  20. itu magic mug bersama tuan nya ke :-)

    BalasPadam
  21. pandang 2 belah mata sbb nak tahu siapa gadis sweet tu heee

    BalasPadam
  22. cantiknye kak farrah
    bleh cb beli ni.
    menarik sgt

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.