Jumaat, 5 Mei 2017

DIY Kad Hari Guru - Doodles

[This is a scheduled post. Currently, I am away.]

Assalamu'alaikum.
Selamat Hari Jumaat!

Minggu ini saya dapat luangkan masa lebih sedikit dengan students saya. Macam biasalah, masuk je bulan lima, ramai yang merengek minta idea untuk buat kad hari guru, kad hari ibu. The main concern is kad hari gurulah sebab kebanyakan mereka bukan sahaja mahu beri kad dan hadiah buat guru kelas, tetapi beberapa guru lain yang mengajar mereka.

Jika tahun lepas, my Form Three kids buat kad DIY bertema bunga, tahun ini saya cadang 'kita buat dengan apa yang ada' 😆 Edisi jimat kos dan bajet. Budak-budak kan,...I don't want them to incur unnecessary expenses di luar kemampuan tetapi pada masa yang sama, saya tak mahu bantutkan niat mereka yang mahu berterima kasih dan tunjuk penghargaan pada guru.

The kids tak ada banyak barang sangat pun. Kebanyakannya ada kertas berwarna hitam dan putih (plus a few extra colours). So, we all decided to do something black and white. Tengah cari-cari idea, saya ternampak kasut-kasut cantik kiut-miut yang didoodle oleh Mummy Julia. Tinggggggg! Terus mentol di kepala mengeluarkan cahaya!

Hitam + Putih + Doodles = Kad Hari Guru DIY yang Jimat dan Bajet!

Saya kurang mahir bab doodle-doodle ni, so I kept it simple. Lagipun, senang the kids nak buat jika mereka ingin lukis sendiri. Bagi yang kesuntukan masa, boleh save gambar tempat-templat di bawah dan cetak sahaja di atas kertas/kad putih.

Templat 1
Classroom and stationery inspired 😁

Boleh pilih tema putih suci mulus begini. Cuma saya tampal bahagian THANKS tu menggunakan dimentional stickers untuk dapatkan efek timbul/terangkat sedikit. 

 ...atau tambahkan sedikit kertas/kad hitam sebagai lining pada kad. Adalah effect kontra hitam putih 😉

Yang ini kita guna bakers twine hitam putih dan buat faux stitch (corak jahitan) guna gel pen warna putih.

Another black and white card with faux stitch.

Templat 2
Cute faces
 Again,..you can go all white,..

...atau buat kad berbingkai hitam begini.

Selamat berkraf!

Thanks so much, Mummy Julia kerana mencetuskan inspirasi. Mmmuuuahhhhhhh! Kalian patut lihat seleksi kasut doodles Mummy Julia. Surreallll! Kalau berkenan, boleh order cepat-cepat! Intai sini 👉 IG Mummy Julia

Psstt!! Gunakan hashtag #famftowercrafts di Instagram untuk sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini.  Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada saya :)

 

16 ulasan:

  1. Kak Farrahhhh..rindunyer... maaf lama x singgah sini :) sihat ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Mimieeeeee! Rindu kamu juga!

      Padam
  2. DIY kak farah suma comel2 :)

    BalasPadam
  3. Bulan Mei, ada 2 sambutan.. sambutan hari guru dengan sambutan hari ibu :)

    BalasPadam
  4. comelnyaaaaa hehehe i prefer hadiah yang ada sentimental values macam ni daripada they spend their money banyak2.. if they afford it then tak apa. tamo sampai memaksa2 parents beli itu ini =)

    BalasPadam
  5. akak buat diy macam mana pon tetap cantik sangat. :)

    BalasPadam
  6. Haah.. mummy julia bz dengan doodle sekarang

    BalasPadam
  7. Tapi doodle mummy julia cantikkk

    BalasPadam
  8. N opkos akak nya card pun cantikkkk

    BalasPadam
  9. comelnya.. boleh guna untuk tahun depan laaa..

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...