Resepi Air Fryer - Tauhu Gejrot

Rabu, Mac 03, 2021

Hari ini saya ingin kongsi resepi tauhu gejrot versi saya yang disediakan menggunakan air fryer. Apa itu tauhu gejrot? Tauhu gejrot merupakan sejenis hidangan masakan Indonesia yang berupa potongan tauhu goreng, dimakan dengan kuah  bercili yang masam-masam pedas.

Ikut resepi asal, kena pakai tauhu Sumedang. Susah nak jumpa tauhu Sumedang ni. Kali terakhir saya beli di pasar tani. Sekarang ini tak tahulah ada lagi ke tidak produk tauhu Sumedang dijual di sana. Tetapi tak mengapa, pakailah apa-apa jenis tauhu pun. Tauhu keras biasa boleh. Tauhu kering pun boleh. Ini saya pakai tauhu keras biasa.

Penyediaan resepi ini ada dua proses. Satu kita mengulek. Tumbuk kasar bahan-bahan yang ada. Satu lagi, di sinilah peranan air fryer - kita hendak goreng tauhu tanpa menggunakan minyak. Jangan risau, bagi yang tidak miliki air fryer, kalian goreng sahaja tauhu seperti biasa ya.



Tauhu Gejrot Istimewa

Penyediaan Tauhu:
  • 4 keping tauhu (belah kepada 6 atau 8 bahagian)
  • secubit lada sulah
  • secubit garam

Cara-cara:
  1. Taburkan sedikit lada sulah dan garam ke atas permukaan tauhu. Masak di dalam air fryer selama 8 - 10 minit sehingga tauhu bertukar warna kekuningan. Jika ingin tekstur tauhu yang lebih garing, lamakan sedikit tempoh memasak.


Tauhu gejrot dinikmati dengan kuah pedas. Di bawah ini cara membuatnya:


Penyediaan Kuah Tauhu Gejrot:
  • 5 - 7 tangkai cili padi (boleh tambah atau kurangkan ikut cita rasa)
  • 2 biji bawang merah
  • 1-2 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil gula Jawa. Saya guna gula Melaka. Haaa, kalau nak beli gula Melaka yang original tanpa campuran gula, hubungi Cik Timm. Dia ada barang baik punya!
  • Air asam jawa secukupnya
  • Secubit garam

*Ada sesetengah resepi gantikan cuka dengan air asam dan ada juga yang tambah sedikit kicap manis. Jika kalian suka, bolehlah gunakan dua bahan ini. Saya tidak letak.


Cara-cara:
  1. Tumbuk cili, bawang merah, bawang putih dan gula Melaka sehingga lumat.
  2. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam.
  3. Tuangkan kuah ke atas tauhu sebelum dihidangkan. Boleh juga ditekan atau dipenyekkan sedikit tauhu supaya kuah lebih meresap.
  4. Penggunaan bahan-bahan di atas boleh diubah suai ikut selera. Jika mahu lebih pedas, lebihkan cili padi. Jika mahu lebih masam, lebihkan air asam. Yang penting, kombinasi pedas, masam dan manis kena ada.

Selamat Mencuba!

Psst! Minggu ni saya sibuk kelas. Insya-Allah hujung minggu nanti akan curi masa ziarah blog kalian. Jumpa nanti 😊

22 ulasan

  1. nasib baik br lps mkn kalau x mesti lapar tgk tauhu ni hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mujur dah makan ye... tak pe, kalau lapar mehla datang sini 😊

      Padam
    2. assalamualaikum yuri...sy mai nak makan tauhu hahahahaha

      Padam
    3. Waalaikumussalam. (Saya tolong jawab bagi pihak Yuri) 😊
      Dia ajak makan berjemaah. Dia ada dry food baru 😂

      Padam
    4. tak jadilah dry food...
      saya balik dulu




      hahahahahahahahah

      Padam
    5. Alaah mehla. Dia memang tak pandai makan mende lain. Dia makan dry food, kita makan lontong gorenglah 😊

      Padam
  2. Wah belajar tentang resipi baru. Pertama kali juga kenal perkataan gejrot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti ada kesempatan boleh cuba, NA. Mana tahu kena dengan cita rasa 😊

      Padam
  3. teringat gi kilang tauhu di Bandung..first time makan tauhu ni...

    BalasPadam
  4. Wah.. nmpak sedap bila ada smbal hijo2 begitu...

    BalasPadam
  5. Tak dapat imagine rasa mcm mne..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia macam tauhu kita makan dengan kuah asam cili api, tapi kuah asam tu versi lain sikit. Kalau resepi asal, kekuatannya pada tauhu tu sendiri. Tekstur, bau dan rasanya memang lain 😊

      Padam
  6. woww sedapppnyaaa. senang jaaa guna air fryer :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang senang. Adjust masa memasak ikut jenis air fryer masing2 je 😊

      Padam
  7. bila nth nak beli air fryer ni, tgk kegunaan dia senang betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang senang, Atie. Memudahkan kita memasak di dapur. Boleh tinggal begitu je, boleh kawal penggunaan minyak utk makanan bergoreng 😊

      Padam
  8. Sha siap google nak cari tauhu Sumedang tu macam mana.. hehehe..
    Nampak sedap dan menarik resepinya kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi akak memang sedap, Sha. Kena dengan selera.

      Padam
  9. Balasan
    1. Kalau penggemar tauhu memang akan enjoy 😊

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.