"Awak tolong ambil bedak puteri naga saya sekali, tau!" Aku sempat pesan pada Dah sebelum letak telefon.
"Bedak puteri naga?" Laju je seorang teman bertanya dengan muka sedikit confuse. Mungkin pelik benar nama bedak tu di pendengarannya. Hahaha memang pelik pun. Ada ke puteri naga? Produk baru ke?
Sebenarnya bedak yang aku maksudkan ialah Johnson's Cooling Powder with Honeysuckle Extracts.
Aku je yang panggil Bedak Puteri Naga. Sebenarnya, it has something to do with the advertisement of this powder masa mula-mula keluar dulu. Kononnya little girl ni digambarkan sebagai puteri yang keluar bermain dan bertukar jadi naga disebabkan bahang cahaya matahari. So, the next day, apabila puteri dah pakai bedak ni, barulah puteri rasa selesa dan terus bermain sepanjang hari. Tak jadi naga lagi! :)
Bedak ni bukan sahaja sesuai untuk anak-anak yang nak keluar bermain. Aku suka pakai bedak ni bila kulit kena ruam atau gatal-gatal. Kulit aku ni jenis cepat kena alahan. Kalau jerebu atau terdedah kepada udara yang kotor, mulalah naik ruam. Salah makan, naik ruam. Kalau cuaca panas sangat, naik ruam atau gatal-gatal. Mengalahkan budak kecil.
Satu hari aku tergerak nak beli bedak ni. Tertarik sebab ada honeysuckle extracts. Bila cuba pakai serasi pula. Baunya sedap dan tak terlalu kuat (takdelah setiap kali kena ruam bau aku macam baby masam heheh). Teksture bedak pun lembut. Apa yang penting cooling effectnya amat sesuai untuk budak-budak (atau dalam kategori aku mak budak) yang sering alami gatal-gatal kulit atau ruam.
Bedak Puteri Naga berbaloi-baloi!!
Catat Ulasan
PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.
Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.