Kerabu Mangga oh Kerabu Mangga

Selasa, Januari 31, 2012

Dah lama aku buat kerabu ni tapi tak sempat nak update di blog. Barulah petang ni ada masa nak share resepi kerabu mangga mudah ini di sini. Selamat Buat Kerabu!


Bahan-bahan:
  • 4 biji mangga muda - hiris nipis memanjang (boleh guna 'peeler' khas)
  • 4 ulas bawang merah - hiris nipis
  • 5 biji cili api - hiris nipis atau tumbuk hingga hancur
  • 1 batang serai - hiris nipis
  • 1 sudu besar gula
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 3 - 4 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 3 - 4 sudu besar kacang tanah - goreng dan tumbuk kasar
  • Garam secukup rasa - tidak perlu terlalu banyak garam kerana sudah menggunakan sos ikan.

Cara-cara:
  1. Masukkan hirisan mangga, bawang merah, cili api dan serai ke dalam mangkuk sederhana besar.
  2. Kemudian masukkan gula, sos ikan dan jus limau nipis. Gaul sehingga semuanya sebati. Perasakan dengan garam jika kurang masin.
  3. Akhir sekali taburkan kacang tanah sebelum dihidangkan.

2 ulasan

  1. Sedap... Nak buat tak sempat. Sebab asal beli mangga, makan gitu je.. laju je habis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi samalah kita. Akak kalau beli kena asing dua plastik. Satu utk makan, satu utk kerabu. Kalau tidak sampai bilalah tak jadi kerabunya :)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.