Mari Makan Buah Dabai!

Isnin, Oktober 15, 2012


"Angah beli buah dabai, tapi tak tahulah nak makan macam mana?" 

Terpinga-pinga juga aku masa mula-mula nampak buah tu. Macam buah kurma pun ada, tapi keras. Angah bawa balik dari Kuching. Inilah pertama kali aku nampak buah dabai ni. Angah kata buah ni tak akan jumpa kat semenanjung, itu sebab dia beli. (Hehehe Angah memang ada kecenderungan untuk beli/cuba macam-macam food,...rasa pelik ke... sedap ke tidak belakang kira!)

OK, inilah rupanya buah dabai. Nama saintifiknya 'Canarium Odontophyllum'. Buah ni banyak di Sarawak, tapi berbuah ikut musim.

Cara nak makan buah ni senang je. Kita hanya perlu bersihkan dan kemudian rendam dalam air suam selama 15 - 20 minit. Once kita rendam, buah tu akan lembut, kemudian bolehlah dimakan. Rasa buah dabai ni lemak-lemak. Tapi agak 'bland'. Lagi 'ummmph' kalau dicicah dengan kuah yang masam-masam atau masukkan dalam sambal belacan.

Lepas makan, aku survey di internet. Rupanya di Sarawak, buah dabai ni dimakan dengan kicap atau dibuat jeruk. Hmmm...aku pun tiba-tiba decide nak makan 'dabai kicap' as supper.


Resepi Dabai Kicap
  • Beberapa biji buah dabai yang telah direndam dan ditus.
  • Kicap manis
  • Limau Kasturi

Gaulkan kicap dan perahan jus limau kasturi dengan buah dabai. Sedia dimakan.

Thanks so much, Cekengah! Berpeluang Along kenal dan rasa buah Dabai ni. Terima kasih juga untuk kek lapis Sarawak, terubuk masin, belacan, pes ikan bilis dan T-Shirt besau! I LOVE U!!!!!!

2 ulasan

  1. Officemate pernah bawak 'nasi goreng dabai'.. Sedap.. Buah tu dia potong kecil kecil campur dalam nasi goreng tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, akak lepas buat macam ni baru kawan ajar buat nasi goreng dabai. Tak sempat nak cuba :)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.