Buat Tag Hadiah (Gift Tag) Semudah 1, 2, 3

Sabtu, Mac 15, 2014

Hari ini saya nak tunjuk bagaimana untuk buat gift tag@tag hadiah. Kebiasaannya, 'gift tag'/kad bersaiz kecil akan diletakkan pada hadiah pemberian kita kepada seseorang. Tidak kiralah sempena hari keraian istimewa, hari lahir atau tanda ingatan sempena musim perayaan.


Kalian boleh hasilkan sendiri 'gift tag' ini. Sangat mudah dan kos penyediaannya juga murah!

  1. Potong kad atau kertas tebal mengikut ukuran yang kalian kehendaki. Saya biasanya akan gunakan ukuran 11cm X 5.5cm. Kemudian lipat kad kepada dua bahagian supaya ukurannya menjadi 5.5cm X 5.5cm.
  2. Gunakan cap getah kraf (rubber stamp)  yang mempunyai gambar atau kata-kata ucapan menarik (Happy Birthday, Have A Nice Day, Just For You,...apa sajalah) dan cap di atas permukaan atas/hadapan kad.
  3. Hias dengan kemasan lain seperti reben atau 'masking tape'. Siap!

Kad kecil ini boleh dibuat dalam jumlah yang banyak sekaligus sambil isi masa yang terluang. Sesuai juga dilakukan bersama anak-anak. Jadi, kalau nak beri hadiah hari guru atau hadiah hari lahir untuk rakan-rakan, tak perlu susah-susah nak cari 'gift tag' lagi :)

6 ulasan

  1. Rubber stamp yang saya jumpe tulisannya formal2.
    tak de yang tulisan sambung2 tu :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulisan sambung 'a birthday wish' tu akak tulis pakai pen silver je, Shikin. Kalau tak jumpa rubber stamp yg tulisannya cantik2, Shikin boleh print sendiri atas kertas putih (guna fonts yg Shikin suka), then tepek kat atas kad

      Padam
  2. senang kan. Takyah bazir duit beli satu tu rasenye dah RM1.20

    BalasPadam
  3. akak , yana singgah sini cari idea utk buat besday kad adik bongsu yana.:)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.