Kerabu Kaki Ayam

Sabtu, Mac 01, 2014

Ni menu beberapa hari lepas, time diri ni terasa malaaaasssss sangat nak masak. Kebetulan ada kenalan ibu hantar lauk yang boleh jadi main dish.So tanpa fikir panjang saya pun buatlah Kerabu Kaki Ayam :)


Mula-mula saya rebus kaki ayam dengan beberapa asam keping untuk buat stok. Sambil tu, potong dadu/hiris halus-halus bawang besar, cili api, tomato dan serai. Nak lagi sedap masukkan sekali kacang panjang dan bunga kantan. Saya tak letak sebab bahan-bahan tu tak ada dalam stok. 

Bila kaki ayam dah empuk, masukkan kaki ayam dan stoknya ke dalam mangkuk. Masukkan bahan-bahan yang dah didadu/dihiris. Perasakan dengan sedikit sos ikan (kalau tak ada dengan garam pun boleh) dan perahan limau kasturi. Once rasa dah OK, taburkan hirisan daun limau.

*Air rebusan stok yang lebih, jangan buang. Simpan dalam peti sejuk/freezer. Boleh guna untuk masak hidangan lain.

5 ulasan

  1. wah.. nampak sedap tu.. boleh mencuba nanti.. :D

    BalasPadam
  2. Thank u sebab share farrah.. nak cuba buat lah.. actually dah lama saya cari resipi ni.. tq tq tq

    BalasPadam
  3. noted.. cmni cara buat dia ye..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.