Resepi Peria Goreng Rempah
Hidangan peria kegemaran saya :) |
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 4-5 biji peria katak (kalau nak guna peria biasa pun boleh)
- 1 1/2 sudu besar rempah kari (saya biasa buat guna rempah kari ikan)
- 2 sudu tepung jagung
- garam secukup rasa
- minyak masak untuk menggoreng
Cara Penyediaan:
1. Potong peria, buang biji dan hiris nipis-nipis.
2. Masukkan peria ke dalam mangkuk besar, gaul rata dengan bahan-bahan di atas.
3. Goreng dengan minyak yang panas. Terbalik-terbalikkan agar gorengan sekata.
4. Angkat apabila warna peria dah bertukar keperangan. Sedia untuk dihidang
Tips:
Untuk lebih sedap, selepas goreng peria, tumis sedikit daun kari dan gaulkan bersama peria tadi.
Untuk lebih rangup, tambahkan dalam 1 sudu besar tepung beras bersama bahan-bahan di atas.
Untuk lebih berempah, boleh tambahkan 1/2 sudu teh jintan manis dan jintan putih.
Untuk lebih sihat, guna minyak jagung/canola/bunga matahari semasa menggoreng.
Lama tak makan peria katak ni...tetiba teringin pula nak rasa...
BalasPadamPenangan resepi Kak Farrah la ni hehehe
Nad, cuba buat smoothie peria katak...mesti best! Nanti share resepi ngan akak ye...
Padamoi dap dap nye.. tazaba nk buat..
BalasPadam