Resepi Peria Goreng Berempah

Sabtu, Mac 15, 2014


Resepi Peria Goreng Rempah 

Hidangan peria kegemaran saya :)

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 4-5 biji peria katak (kalau nak guna peria biasa pun boleh) 
  • 1 1/2 sudu besar rempah kari (saya biasa buat guna rempah kari ikan) 
  • 2 sudu tepung jagung 
  • garam secukup rasa 
  • minyak masak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

1. Potong peria, buang biji dan hiris nipis-nipis. 
2. Masukkan peria ke dalam mangkuk besar, gaul rata dengan bahan-bahan di atas. 
3. Goreng dengan minyak yang panas. Terbalik-terbalikkan agar gorengan sekata. 
4. Angkat apabila warna peria dah bertukar keperangan. Sedia untuk dihidang 

Tips:

Untuk lebih sedap, selepas goreng peria, tumis sedikit daun kari dan gaulkan bersama peria tadi. 
Untuk lebih rangup, tambahkan dalam 1 sudu besar tepung beras bersama bahan-bahan di atas. 
Untuk lebih berempah, boleh tambahkan 1/2 sudu teh jintan manis dan jintan putih. 
Untuk lebih sihat, guna minyak jagung/canola/bunga matahari semasa menggoreng.

3 ulasan

  1. Lama tak makan peria katak ni...tetiba teringin pula nak rasa...
    Penangan resepi Kak Farrah la ni hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nad, cuba buat smoothie peria katak...mesti best! Nanti share resepi ngan akak ye...

      Padam
  2. oi dap dap nye.. tazaba nk buat..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.