Khamis, April 10, 2014

RM1.50 jer tau,..

Semalam, selesai buat urusan di luar, saya dan Bott singgah di Mydin, Selayang. Lama betul kami tak pergi sana. Kebetulan lalu, boleh shopping barang-barang sikit.  Di bahagian alat tulis, ada satu corner dengan barang-barang 'Reduced To Clear', harga RM0.50 - RM1.50. Nak tahu tak apa yang saya jumpa?


Tabung dan tempat letak alat tulis 'Tom & Jerry' ini dengan harga hanya RM1.50 sebuah. Teruja saya! Saya selalu jugalah peruntukkan sedikit bajet untuk beli benda-benda yang boleh dijadikan 'gifts' untuk budak-budak. Kadang-kadang, apabila buat aktiviti di dalam kelas, murid dengan penyertaan terbaik dapatlah hadiah. Sekadar perangsang biar lebih bersemangat untuk belajar.

Alhamdulillah, dapat empat buah. Rezeki untuk si cilik yang bertuah nanti :)


2 ulasan:

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.