NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 28 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Sabtu, 5 Julai 2014

Album untuk Scrapbook @ Scrap Pages

Dah lama blog ni tak ada entri kraf. Sejak masuk bulan puasa ni, memang bilik kraf saya hening & terabai. Baru hari ni, sementara nak menunggu sahur baru sempat nak jenguk. Kemas sikit-sikit apa yang patut. Beberapa hari sebelum Ramadhan saya ada shopping barang-barang dan peralatan nak buat kraf. Benda-benda tu masih ada dalam plastik lagi :) 

Hmm,..antara stok baru yang buat saya tersenyum ialah Album DIY ni. Sangat sesuai untuk masukkan scrap pages yang saya dah buat. Bahagian dalam album macam clear holder tetapi saiznya lebih besar. Tak perlu susah-susah nak pergi bind scrap pages. Dah siap, masukkan je dalam album ni.

DIY Album - Saya berkenan dengan 'design' & warnanya :)
Dah ada scrap album baru, semakin berkobar-kobarlah semangat nak buat scrap page. Ada 1 scrap page yang saya hasilkan sempena Ramadhan. Haa,...page itulah yang bakal rasmikan album ini nanti.

7 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...