Dah lama tak buat kerabu bihun ni. Tiba-tiba teringin pula nak makan. Pergi kedai cari bunga kantan. Habislah pulak! Kalau time tak nak tu, bersusun-susun bunga kantan kat kedai. Boleh letak atas dulang hantaran! Hmmm, dah mengidam sangat ni,..tak de bunga kantan pun OK je lah!
Mari lihat apa bahan yang diperlukan:
- Bihun lebih kurang 1/2 bungkus (celur tapi jangan sampai 'soggy', tuskan)
- 1 biji timun sederhana besar (buang empulur dan potong memanjang)
- 1 batang lobak merah (potong memanjang)
- 2 batang bunga kantan (hiris halus)
- 3 batang serai (hiris halus)
- 1 - 2 kiub tomyam (hancurkan sedikit). Boleh juga digantikan dengan 1- 2 sudu pes tomyam.
- 1 labu bawang besar (potong dadu)
- 7 biji cili api (hiris halus)
- beberapa helai daun limau (saya tukar selera, guna daun pudina)
- jus limau kasturi secukupnya
- garam (jika perlu)
- 2 sudu besar minyak masak
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Tumis bawang dan pes tomyam buat seketika hingga naik bau.
- Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan bihun yang telah ditus, lobak merah, timun, bunga kantan, serai dan cili api.
- Tuangkan bahan tumis tadi ke dalam mangkuk. Gaul semua sehingga sekata.
- Perasakan dengan jus limau kasturi dan garam.
- Taburkan hirisan daun limau.
- Sedia untuk dihidang!
Portion hidangan ni agak besar tau. So, bolehlah beri jiran tetangga sikit. Basically, kerabu bihun ni lebih kurang macam bihun yang kita makan dengan nasi ambeng, cuma diberi sentuhan ala Thai. Masam-masam gitu! Sesuai jadi side dish untuk dihidang bersama lauk lain. Makan begitu sahaja pun sedap!
Oh ya. Jangan terikat sangat dengan sukatan resepi di atas. Adjust ikut selera. Nak lebih pedas, tambah cili api. Nak lebih rasa tomyam, lebihkan pes...Rasa-rasa nak lebih meriah lagi, masukkan sebiji tomato yang dipotong dadu. Selamat Mencuba! Nanti, bila dah buat, jangan lupa share di sini best ke tidak, ye.
Sedapnya :D
BalasPadamnyum..nyummm!
PadamInsyaallah tunjuk kat mak. Saya ni pemalas masak.
BalasPadamFuhhh, memang akan jadi bertambah-tambah sedap! Sebab kena penangan air tangan mak :)
PadamJujur sangat pulak kan..hehe..
BalasPadamhahaha, jgn risau. kita sekapal. saya pun takda rajin mananya...
PadamKlakar lah k.Farrah ni.
Padam:) :) :)
Padam