Khamis, Ogos 14, 2014

Oh, gosh! She's right!

Semalam pergi keluar shopping barang dapur. Kebetulan tengah lapar, belilah Subway untuk lunch. Lamalah jugak kena beratur sebab masa tu memang time lunch pun! Kebetulan, ada beberapa gadis dan teruna 'remaja' (umur pangkat adik-adiklah sekitar awal 20-an) yang beratur sebelum saya. Budak-budak muda kan,..riang gumbira dalam dunia sendiri. Tapi, bercakap kuat bingit as if nak orang-orang lain join perbualan diorang sama. Time gelak tu, bukan tahap berdekah-dekah dah! Saya rasa kita dah kena invent satu perkataan baru untuk gelak tawa mereka tu. 

'Lantak koranglah, dik. Yang penting akak lapau nak makan roti!' Saya cakap sendiri dalam hati. Ada juga beberapa pelanggan yang tunjukkan rasa kurang senang. Tapi semua buat derk jelah. Alah, budak-budak. Siapa tak pernah muda, kan?

Adik cantik sebelum saya hampir selesai dengan ordernya. Dia memilih beberapa jenis 'sauce' termasuklah 'Chipotle Southwest' and she said 'chi.po.tel'. Akak tak kisah! Sebutan ko salah ke apa ke,..janji akak dapat roti akak. (Mode tengah lapau sangat nih!)

Nak dijadikan cerita, saya pun memilih sos yang sama. Bayangkanlah, sebaik sahaja saya minta sos tu, beberapa orang gadis tadi gelak terkekeh-kekeh. Siap ada yang snort-laugh lagi! And the best part salah seorang daripada mereka kasi remarks, "Chipotlay! OMG! We should record this and upload to Youtube!"

Saya diam je. Put on my selamba face. Lantaklah korang nak gelak sampai jatuh gigi pun. Tunggu roti kena bungkus. Akak lapau! Lapau! By that time, salah seorang adik teruna  dalam kalangan mereka (yang boleh dikira agak geliga) keluarkan smartphone dia, googled something (I guessed) dan serta-merta mukanya berubah!.

"Oh, gosh! She's right. It's chii ~ poht~ lay!" Dia mengulang kembali cara saya menyebut chipotle. 

'Ye, dik. Chii ~ poht~ lay.'  (Saya mengiakan dalam hati. Mata tengah pandang roti.)

Masa tulah, kaunter Subway yang sebelum tu bergema dengan hilai-tawa mereka, bertukar jadi senyap sepi! Gadis-gadis kiut-miut yang nak masukkan saya dalam Youtube tadi jadi malu sendiri. Beberapa orang pelanggan di belakang saya yang menyaksikan insiden tu mula larik senyum. Hahah! There was  a snort-laugh too!

Selesai berurusan di kaunter pembayaran, kumpulan anak remaja tu buru-buru pergi. Tak toleh belakang lagi dah! Tapi yang sweetnya, salah seorang daripada mereka datang ke tepi saya dan cakap,  
"We are sorry."

Hehehe yang ini anak cukup ajar ni.

"It's okay. No harm done!"

Memang no harm done pun. Sebab,...
  1. Saya tak kisah kena gelak macam tu,...jangan Allah 'gelakkan' kita sudah!
  2. I don't simply judge people. Sebut chipotel ke...cipotet ke,...tapi mungkin Allah beri hati yang baik pada dia :) Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan sendiri.
  3. Nasib baik ko tak record akak masuk Youtube, dik. Silap-silap video tu backfire nanti.

OK, itu saja perkongsian untuk kali ini.

Nota Senyum:  Chipotle ni sebenarnya perkataan Spanish (kalau tak silap saya) yang bermaksud cili yang disalai.

8 ulasan:

  1. Budak budak~budak budakk~macam tu lh bila dh jumpa geng dia..

    BalasPadam
  2. budak2 x ckup umo lagi tu..hehe

    BalasPadam
  3. Nasib baik farrah jenis cool klau Jm lah hai dh jeling panjang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu tak cool mana pun, JM. Tak larat nak layan,...laparrrr

      Padam
  4. Pernah jugak jadi budak2 tapi takdelah perangai tak senonoh camtu dok gelakkan orang..biarlah orang salah ke betul...ko tu jaga adablah sikit dik oi!! Kalau ngan saya dah kene sound dah. Sukehati akulah duit aku kan. Tapi,yelah kalau dah lapar malas nak pikiaq.
    * Dulu kalau ada budak sebaya buat havoc camni pun memang saya x suka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasalah, Shikin. darah muda, panas lagi...so, fikir diorang je betul. Budak-budak macam ni jangan diikutkan sangat rentak mereka. Lagi kita layan, lagi naik minyak nanti.

      Akak dulu, jangan nak gelakkan. Kalau orang tu lagi tua, takut nak angkat muka!

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.