Isnin, Ogos 18, 2014

Projek Tanam Herba


Semalam semasa mengemas stor, saya jumpa beberapa biji gelas plastik lama. Sayang nak buang, saya gunakan sebagai pasu untuk tanam pokok herba. Kebetulan, saya sedang cuba nak tanam 'rosemary'. Melalui pembacaan, rosemary ni senang nak tanam sama macam pudina jugalah. Pada masa yang sama, saya cuba-cuba tanam thyme. Hari tu beli thyme, tapi belum sempat lagi nak guna untuk masak. So, cucuk jugalah setangkai dua. Kalau ikutkan, thyme ni kena tanam guna seeds. Tengoklah nanti, jadi ke tidak :)

Pudina, Rosemary & Thyme

Personally, saya suka tanam herba dalam pot kecil-kecil begini. Bila herba-herba ni bertumbuh, boleh beri pada jiran dan kawan-kawan. Letak kat tingkap dapur. Tak susah pun nak maintain.



20 ulasan:

  1. idah pun ada tanam juga... tapi tak la letak dalam gelas2 kecil camtu... idah ada pudina juga... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh, idah pun tanam pudina juga,...saya suka tanam pudina sebab senang nak jaga & boleh petik segar bila nak guna :)

      Padam
  2. Bagusnya! Dah lah lawa comel jee. Memang patut dicontohi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi time rajin, Nurul. Lgpun syg nak buang gelas comel tu. Ada gak gunanya :)

      Padam
  3. Bestnya kalau saya yang jadi jiran akak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita leh jadi ahli mesyuarat tingkap hehehe :D

      Padam
  4. Bestnya berseni tanam ni... KM klu tanam pokok mati... huhu... ingat lagi hari tu, daun kari je hidup...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun bukan green fingers sangat, KM. Tanam pokok yg senang hidup & senang jaga je :)

      Padam
  5. Rajin nya...ishh..ni dh kawin ke belum..kalau belum..unutng lah siapa dpat si Farrah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi rajin bermusim ni JM. Rajin ikut mood ;)

      Padam
  6. Balasan
    1. Oh,..memang teringin nak ada kebun & taman herbs macam Jamie :)

      Padam
  7. Sy nak tanya, rosemary tu hidup ke? Melalui pengalaman sy, rosemary sukar hidup. Dalam2 banyak2 cubaan, hanya 1 je keratan rosemary sy transplant berjaya hidup. Kadar tumbesaran rosemary pun agak perlahan berbanding pokok herba lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rosemary saya hanya menjadi satu pokok je, cikgu. Itupun sudah 'dirampok' aunty saya. Memang niat nak cuba tanam lagi sebab suka baunya. Kali ini nak ikut cara yang cikgu kongsikan di blog.

      Padam
    2. O yeke.. Mmg sedap bau rosemary, aman damai. Hehe, sy pun belajar melalui pembacaan & internet jugak.. Xpe kongsi2 info

      Padam
    3. Terima kasih banyak2 ye, cikgu :)

      Padam
  8. Perkongsian yang menarik.. Cam nak cuba juga lah..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.