Isnin, September 22, 2014

Bubur Campak-campak 'Slow-cooked'

Bubur Ikan Bilis

Dua tiga hari ni, saya teringin sangat nak makan bubur. Pagi tadi bangun-bangun terus basuh beras, campak hirisan bawang besar, bawang putih, halia, lobak merah dan sedikit ikan bilis ke dalam slow-cooker. Masukkan air yang secukupnya. Tinggalkan. Hehehe...tak perlu tunggu. Pergi buat kerja lain ;) 

Menjelang tengah hari, bubur saya dah siap! Perasakan dengan garam, lada sulah, taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang,...sedia untuk dimakan! Inilah hidangan makan tengah hari saya. Resepi campak-campak je. Jemput makan semua!

Enjoy the rest of your Monday :)


28 ulasan:

  1. Campak2 pun sdap juga ni kan..sana pun suka makan bubur..^_^

    BalasPadam
  2. Anda di tag di sini http://mass-naim.blogspot.com/2014/09/liebster-award-2.html

    BalasPadam
  3. Menyelerakan bubur ni. Salam kenal. Jemput datang ke http://azyyatiliah.blogspot.com/ ye . Btw done follow your #351

    BalasPadam
  4. Buburrrr. Sedappp

    Teringat bubur mcd. hmm. tapi, kena boikot.

    BalasPadam
  5. i love slow cooker sebab kalo buat bubur mesti peeergh..!! tapi kat rumah tak ada sbijik. kalau balik rumah nenek baru ada. kami bertiga aje kalau masak kang lebih banyak yang buang dari yang makan hihi

    geng la kite.. CT suka bubur nasik jugak. tekak baby baby gitu kite ni kekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe memang tekak baby2. Senang je nak makan, telan je...

      Padam
  6. banyaknya masak campak-campak. hehehe....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah menu campak2 yg paling senang. Dgn syarat, airnya kena cukup barulah nasi menjadi bubur :)

      Padam
  7. uihhh sedap nye kak farrah...
    rase terliur plak
    mcm nak makn bubo je tghari ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu dok sebelah umah akak,dah dpt semangkuk dah :)

      Padam
  8. 2 hari lepas ada gak buat guna dapur gas..lambat yak mat..so slow-cooked tu adakah sama ngan rice cooker :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. JM lain kali kalau nak buat bubur cepat guna dapur gas, masukkan semua bahan, letak air cukup2 untuk bagi beras tu kembang. Guna api besar, then bila beras dah kembang, tambah air lagi. Jangan tutup periuk. Kena jaga from time to time. Insya Allah, 30 minit dah siap!

      Slow cooker tak sama ngan rice cooker JM. Tempoh memasaknya memang lama. At least 4 jam. Ni sesuai untuk orang yang pergi kerja, balik kerja dah ada benda nak makan. Tak pun masak malam sebelum tidur, pagi dah siap bubur. Kita masak guna power yang minima. Brand terkenal slow cooker ni namanya Crock Pot. Skrg ni mcm2 brand ada.

      Padam
  9. Akak memang dah terer main campak2 siap :)
    Hehe. Tapi yg campak2 tu le yg sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu masak lauk memang campak2 ni yang best sebab kita adjust ikut taste kita (walaupun salah campak muka jadi 'payau' bila merasa hihihi). Tapi baking, jangan cuba campak2, memang kena campak ke dalam tonglah jawabnya.

      Padam
  10. Baru tingat..saya pun ada slow cooker ni tapi di mana ya?
    #nampak sangat 'rajin' masak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe Shikin tu sibuk. Logiklah kalau 'rajin' masak. ;)

      Padam
  11. sesekali msak bubur sendiri, sedap jugak kan.. Ros tak pernah masak bubur nasi. aduhai.

    BalasPadam
  12. amboi nampak sdap.. sejak akhir ni tiba2 suka mam bubur..lg2 msk bubur sonang kan..
    nt nak try bubur campak2 gini..hahahaha

    *suka stalker resipi2 akak.. sgt sonang n paham.kehkeh*

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang senang kan! Masuk mulut, telan! :)
      Heheh jadi stalker resepi tak pe, Nadyya. Tak mengerikan. Comel!

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.