Ahad, September 21, 2014

Ini Bukan Tentang 'Tealicious'

Entri ini tiada kena mengena dengan 'Tealicious'.

Entri ini berkenaan seorang kanak-kanak perempuan bersama ibu dan adik kecilnya yang makan berhampiran dengan saya di sebuah medan selera. Sekali-sekala, mungkin kerana renyah menunggu si ibu menghabiskan makanan, kanak-kanak itu hilir mudik hingga beberapa kali juga sampai ke meja saya.


Si Kecil: 
Mama, kalau jarum panjang dekat nombor 6,...jarum pendek,...yang pendek lepas nombor 4! Pukul berapa?

Si Ibu: 
4. 30. 

Si Kecil: 
Empat setengah? 

Si Ibu: 
Hmm. Kakak tengok jam kat mana? 

Si Kecil: 
Tu kat aunty belakang tu. Jam tangan dia besar! Macam jam kat rumah!


Sekali lagi, entri ini bukan tentang 'Tealicious' :)

Selamat mulakan minggu baru dengan senyuman!


18 ulasan:

  1. saya tengah senyum baca entry ni kak :)
    sy pon suka jam besar2. kalo dapat g-shock lagi best.

    BalasPadam
  2. hehe saya pun suka jam besar sebb, .... tangan saya memang kecik. Kalau pakai jam style 'girlish' sikit tu memang tak sesuai.. malah menampakkan lagi 'kekecilan' pergelangan tangan saya ni ^^ hehehe
    (http://anies-msletoes.blogspot.com/)

    BalasPadam
  3. hihi... sedapnya.. kat jb takde ke ....mama penggila milk tea ni..

    BalasPadam
  4. ahahaah...jam tangan besar?..lawaklah..JM pun pakai jgn tangan besar..ntah mata budak tu terlalu power dan jelas kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu JM patut dgr nada suara dia yg 'impressed' tu. Saya rasa macam dah pakai jam dinding pulak ;)

      Padam
  5. Heheh..pakai jam tangan besar ni cantik kan..^_^

    BalasPadam
  6. hehehheeh tergelak bace entry kat farrah...
    budak2 kan??
    penah tgk orang pakai jam lebih2 dari pergelangan tangan
    dah macam jam pinjam da longgar cm gelang

    BalasPadam
  7. Budak-budak kan,..akak memang suka pakai jam tgn yg mukanya besar. Senang sikit nak nampak. Takdelah mata tu terkejip-kejip nak kerling waktu :) tapi takdelah besau mcm jam kat rumah...jam dinding ke jam loceng agaknya

    BalasPadam
  8. besar benar jam tangan tu kalau dibandingkan dengan jam kat rumah. hahaha

    BalasPadam
  9. Hahahaha..gelak terus baca entri ni. :D

    BalasPadam
  10. aah la rupa macam jam dinding... tapi versi mini laa... :D

    BalasPadam
  11. Depends lah kak. Scha tangan besorr. kena pakai sedang2 je. haha

    BalasPadam
  12. budak tu skodeng jam baik punya hahaha.. besar jam sampai budak tu dapat buat explaination terperinci kat mak dia hihi..

    "macam jam kat rumah.." melampaunya tapi nasib cute hahaha

    jam tangan CT dah lima tahun bersama. sentimentel value

    BalasPadam
  13. haha, bijak2,, besar2 lah cantik, kan?

    BalasPadam
  14. Mungkin staff clinic tepi saya ni ingat saya gila sebab ketawa sorang2..

    BalasPadam
  15. saje je kan tayang gambar tea tu. hihihi.
    suka yat budak tu, macam jam kat rumah.. hahhaha.. ketawa besar Ros.. anyway, jam sape tu?.. jangan cakap tu jam akak.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.