Selasa, September 23, 2014

Pokok Thyme Dah Pindah Pasu

Ingat lagi tak bulan lepas saya ada tulis satu entri 'Projek Tanam Herba' - percubaan saya menanam rosemary dan thyme? Baca mengenainya di sini.

Sayangnya pokok rosemary saya umur tak panjang :( Mati dah semua. Suprisingly, thyme yang saya tanam pula hidup subur. Sekarang dah pindah ke pasu yang lebih besar. Baunya semerbak!

Pokok Thyme
Alhamdulillah, merasa juga Taman Herba saya ada pokok baru hehehe Kena baca buku gardening lepas ni, nak kenalpasti apa silapnya pokok rosemary saya tak naik. Kalau ikutkan, lagi senang tanam rosemary berbanding thyme.

Projek gardening saya yang seterusnya, nak cuba tanam selasih dan kucai pula :)


33 ulasan:

  1. teringin nak ada taman herba juga. inshaaAllah one day.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah, Aneez. Buat slow-slow. Mulakan dengan pot-pot kecil,..letak tepi tingkap :)

      Padam
  2. wahhh bestnye... sllu tyme ni beli yg kering je...
    tgk ongputeh gne fresh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kalau guna yang fresh ni rasa cam dalam rancangan masakan sikit hahah nak guna main petik je ;)

      Padam
  3. Bestnya bila taman sendiri herbs macam ni.bila nak guna tinggal petik ja kan..

    BalasPadam
  4. Ni yang membuatkan hati ingin tanam juga ni. Pasu kosong bersepah belakang rumah.

    BalasPadam
  5. wah, bestnya menjadi. xpe lah kak Farrah. kurang2 ada yang tumbuh subur kan. lepas ni boleh tanam lagi :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah,..nasib ada rezeki yg tumbuh gak. Taklah kuciwa sangat!
      Kelip-kelip eyelashes sebab kena pujuk ngan Amy hahaha :)

      Padam
  6. Best nya kak Farrah...boleh lah bila Nad nak buat projek gardening refer kat sini..hehhe...

    Jemput join...
    Giveaway "Saya Nak Sihat" Sept 2014

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh Nad, akak ni bukan pandai mana pun. Tu yang kalau nak cuba tanam pokok, cuba yang senang idup :)
      Insya-Allah, nanti akak join ye.

      Padam
  7. rajin nya akak.. saya membeli pokok rajin, balik esok terus malas, tak sempat alasan nya, hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try letak kat depan pintu. Confirm nak masuk/keluar akan terpaksa siram pokok :)

      Padam
  8. WUHUUUUUUUUUUUUUUU......nanti berkembang biak boleh bukak kedai tanaman herba...errrrr.....mungkin pokok tuh mati sebab keadaan tanah kot.....tanah arang yang baru diproses biasanya masin dan berasid dan tak sesuai utk tanam pokok....errrr...saya pon suka gardening jugak dulu..skrg dimana enth hobiku yg satu ini menghilang....hehehehehe..happy gardening :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm,..mungkin la kan. Aiman minat gardening juga? Akak berguru dgn Aiman lah macam ni...boleh?

      Padam
  9. waaah.. slalu tengok chef oversea ajeee yang tanam. macam chef micheal tu.. main petik aje kat pasu kecik tepi dapur dia potong potong then campak dalam kuali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahah akak nak perasan cam Chef Micheal tu lah. Akak jeles tgk dapur & pantry dia!

      Padam
  10. Saya nak tanam pokok inai. mana ntah nak dapat benih or batang dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betullah, Scha. Skrg susah nak cari pokok inai.

      Padam
  11. ahaah..cepat betul membesar...dulu basa last entri kecik je lagi..mmg membesar sbg johan nih hehehe

    BalasPadam
  12. Terbaik r kak. Macam2 aktiviti ;)
    Kalo sy jiran akak kan best. Halo2 mintak sikit herba. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau budak jadi jiran akak, akak beraturkan pokok2 herba tepi pagar. Tak payah nak halo2 dah,..petik je ;)

      Padam
  13. bagusnya dia tumbuh.. sejuk tangan akak ni.. tu yang tanam, menjadi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha pokok senang tumbuh je menjadi, Ros. Itu pun ikut nasib ;)

      Padam
  14. Izinkan sy komen sket, sbb tadi sy komen kt post awk yg awal2 tu pasal rosemary.. hehe..
    Mmg sebenarnya thyme lbih mudah tumbuh. Sbb tu omputih gelarkan dia "hardy thyme".. Mayb lepas ni awk leh try tanam Lime Thyme, bau limau g2.
    Ttg rosemary tu, kadar tumbesaran n ptumbuhan akarnya sgt perlahan. Sbb tu disyorkan kite rendam dlm air shingga akarnya keluar. Melalui pngalaman sy, mmg agak lmbt utk akarnya tumbuh.
    Maybe lepas ni awk boleh cuba tanam sage, oregano & basil (selasih). Keratannya ade dijual di TESCO. Sy tanam sage, bau wangi. Cuba la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak-banyak, cikgu. Saya nak cuba tanam balik rosemary ikut tips yang cikgu berikan. Dah tengok dah pokok sage cikgu :) Insya Allah, lepas ni kalau berkesempatan ke TESCO nak belilah herbs yang cikgu suggest dan cuba tanam.

      Padam
    2. Same-same.. Sy pun baru berjinak2 ni, pengalaman pun kurang.. Byk blaja drpd pembacaan n eksperimen jugak.. Harga sepeket kt TESCO hanya RM0.99.. Murah.. hehe

      Padam
    3. Eh, memang murah! Berbaloi kalau cuba dan menjadi :)

      Padam
  15. A'a murah sgt.. Bleh try & error.. :D

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.