Isnin, 6 Oktober 2014

Buat Embellishments (Hiasan) untuk Kad Ucapan

Greetings/sentiments for cardmaking.

Malam tadi, duduk bertapa di dalam bilik kraf. Saya potong keratan-keratan ucapan di atas, ambil dari kertas pembalut hadiah. Saya nak buat embellishments untuk kad ucapan. Tak semestinya kita kena beli hiasan-hiasan yang nak digunakan. Boleh juga cuba buat sendiri. Ikut kreativiti kita. Kos pun jauh lebih murah.

Keratan ucapan kat atas tu tak boleh digunakan terus pada kad. Kena touch-up terlebih dahulu. Enhance sikit rupa parasnya supaya lebih berseri-seri. Insya Allah, nanti bila dah siap, saya kongsikan di sini.


Selamat Memulakan Minggu Baru! Enjoy the rest of the holiday!


30 ulasan:

  1. Betul jugak kan.. Murah kan cara ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, Nur. Lagi2 sekarang ni byk wrapper cantik2. Senang sikit kerja :)

      Padam
    2. betullah tu, klau kite wrapper tu buat balut hadiah je, skrg bru tepk, hehe

      Padam
    3. Haaa, Nur kan suka DIY. Dah boleh kumpul idea dah ni... ;)

      Padam
  2. Selamat Hari Rayaaaa kakk farraahhh! muah ciked!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Muahhhhh balik! selamat hari raya utk Scha & family :)

      Padam
  3. akak...kite suka jugak benda2 kraft ni...tpi kalau kite buat, hasil dia tak cantek...sedihlah... :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, janganlah sedih,...Aisya je ingat tak cantik kot,...pada pandangan orang lain cantik je :)

      Padam
    2. K.Farrah, saya buat pun slalu x cantik.
      Akak kalau bab potong2 tu akak pakai gunting biasa ke ada cutter khas?

      Padam
    3. Dua-dua. Kalau nak guna gunting biasa, kena cari gunting besar yg tajam. So, sekali kita potong, cantik & lurus. Untuk kertas besar, kena guna paper-cutter :)

      Padam
  4. jimat aje potong dari kertas pembalut hadiah. tapi CT kalau potong tak tahulah untuk ape hihihiks..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh, kalau tak tau utk apa, baiklah buat balut hadiah je, CT. Akak pernah potong katalog, potong majalah, kononnya nak buat bahan mengajar budak. Last-last bila dah pening sendiri, masuk kotak recycle je gambar2 tu :)

      Padam
  5. Balasan
    1. Thanks, Wana. Selamat bercuti buat Wana juga :)

      Padam
  6. bile kak farrah nak adiahkan kt ayu hasil tgn akk nie
    hehehhehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe seganlah, ayu. hasil tak seberapa :)

      Padam
    2. Insya Allah,..bila kerja-kerja akak selesai by end of October ni. Akak freee sampai hujung tahun. Akan ku titip something buat kalian ;)

      Padam
  7. Cantik nyerr... tak sabar nak tengok hasilnya... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Kak Idah. Nanti dah siap, insya Allah saya kongsi di sini :)

      Padam
  8. Sukaa buat benda macam ni.. Tapi. Hahaha kalau buat.. Selalu tak cantik. T.T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ishh,..mana tahu tak cantik...mungkin pada pandangan Aina tak cantik, tapi orang lain kata cantik :)

      Padam
  9. akak ada bilik kraf sendiri? wow :O

    embellishments tu apa kak... berbelit menyebutnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala bilik utk simpan barang kraf so tak menyepah satu rumah, Amy...embellishments tu hiasan-hiasan yang kita gunakan utk cantikkan kad/projek kraf :)

      Padam
  10. rajin nya..tu je nk ckp :-) kalau akak bab2 ni mmg malas tul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak rajin mana pun, kak. Buat isi-isi masa je,..

      Padam
  11. wah..kite suka buat kad cmni.. salu kalau bg hadiah kawen mesti akan bt kad hiasan made nadya.. jimat kan ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang jimat, Nadyya. Akak selalu memang simpan 'stok' barang2 nak buat kad. So, kalau last minute perlukan kad ucapan nak beri pada orang, senanglah :)

      Padam
  12. Kak, saya kreatif gak tapi jenis yang pemalas. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pe,..rajinnya akan sampai jua ;)

      Padam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...