Buku Skrap Mini yang Comel!

Jumaat, Oktober 17, 2014

Baru-baru ni pergi DAISO. Tengok apa saya jumpa!


Mini scrapbook! Saiznya 17cm x 17cm. Spiral binding. Cover luarnya keras. Lembaran halamannya guna cardstock yang agak berkualiti. Tinggal nak masukkan contents dan hias apa yang patut. Terus saya rembat beberapa buah. Bagi saya, buku skrap mini seperti ini sesuai untuk buat Travel Scrapbook. Maknanya 1 destinasi percutian, 1 buku. Buatlah beberapa buah. Ala ala set buku cerita percutian kalian. Then, boleh susun cantik-cantik bersama koleksi album keluarga. 

Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan scrapbooking, buku mini ini amat convenient dan sesuai untuk kalian. Tak adalah pening kepala fikir macam mana nak hias satu muka surat besar. RM5 untuk buku skrap ini? Sangat berbaloi-baloi!


Psst! Saya tak sempat blogwalking dua tiga hari ini. Ada beberapa urusan penting yang perlu diselesaikan. Maaf ya. Insya-Allah, akan gagahkan diri curi-curi masa untuk datang berkunjung dan tinggal jejak once semuanya selesai :)


37 ulasan

  1. akakkk...comelll nyaa..geram sgt tengok...
    Mana nak dapat ni?
    Akak ambil tempahan ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Comel kan,..jumpa kat DAISO, Nad. Boleh buat photobook jugak.
      Tempahan? Klu utk scrapbook jarang ambil sebab kekangan masa :)

      Padam
    2. oooo...kedai feveret...huhuh...pergi midvalley ke..aeon ke...curve ke..mesti sebok nak masuk kedai ini...padahal banyak lagi kedai lain..heheh

      Padam
    3. Dekat Daiso ada, dik. Tetapi bergantung kepada stok kedai tulah. Ada juga jenis rectangular dan warnanya hitam.

      Padam
  2. memang cantik scrapbook tu kak..comeyyyy sangat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yg akak tak boleh kata tidak tu, Wana :)
      Saiz pun kiut-kiut gitu.

      Padam
  3. wah.. comel la akak.. dulu kite suka kumpul buku skrap comel2 gini :)

    BalasPadam
  4. eei, comelnyaaa. ada kat daiso? boleh pergi ni. hehe

    BalasPadam
  5. it's okay kak ^^,

    comel sangat! serious. tapi saya malas sikit nak menampal nampal ni.. beli je.. banyak dah kat rumah -.-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe. Simpan dulu. Mana tahu minat dan rajin tu datang kemudian, bendanya dah ada.. :)

      Padam
    2. tu lah. mostly saya banyak simpan je... kadang2 bagi adik2. diorang kreatif sikit nak bagi benda2 macam ni jadi lawa. buku la, dinding la, handphone la..

      Padam
  6. K.Farrah rajin buat benda2 kretip ni.
    Buatlah, saya nak tengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh tak adalah rajin mana, Shikin.
      Insya Allah, nanti kalau ada piece yg berjaya disiapkan, akak share di sini :)

      Padam
  7. Huhuhuhu jeles okeyyyyy...
    Hahahhaha kak farrah buat ape pon mesti comell...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak jangan puji cenggitu! malu akak. benda2nya dah sedia comel, ayu. akak tukang tampal2 je :)

      Padam
  8. saya list kan segala tempat menarik, contact numbr semua dlm satu buku..
    comei gak skrap book tue... nk cari jgk la..kt area kedah nie ada x taw...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah idea Zarul tuh. Akak pun nak buat macam tu lah. Kalau tidak masa nak guna baru menggagau nak cari :)

      Zarul boleh cuba cari di kedai yang jual barang2 nak buat kraf kertas.

      Padam
    2. bsaya tengah nk cari bahan2 ni.. my bff mintak buatkan photobooth utk majlis dia nnt.. so tengah usha2 hasil kraf dri kak farah ni... tgk buku ni sesuai gak... then kena hias2 ja la kan...

      Padam
    3. Zarul boleh cari di kedai buku macam POPULAR & MPH - Guests Book dah siap berbinding. Macam2 jenis ada. Halaman muka surat dalam cantik. Kat luar plain, jadi kita boleh hias ikut tema majlis :)

      Padam
  9. Wah, mesti cantik bila dah isi gambar2 tempat menarik dalam scrapbook tu nanti ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh tulah. Antara rajin dgn idak je, Zumal :)

      Padam
  10. Saya baru kenal daiso tahun ni. Tu pun sebab dia ada bukak outlet dekat aeon manjung. Aeon tu pun baru bukak. Memang murah2 barang kat situ. Kalau tgk frame gambar mau rambang mata. Saya xtgk pulak bahagian scrap book sbb kalau beli pun nanti saya peram je sbb syg nak guna. Hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau beli barang kat DAISO kena hati-hati jugak tau, Budak. Kadang-kadang ada barang yang terlalu mahal/tak worth it dibeli dengan harga RM5.

      Padam
  11. Kak Farrah..!! CT suka kumpul buku buku cute smpai mak bising. beli buku tulisnyaaa tidak hahahaha sayanglah nak guna :P suka buku kat kedai typo.. aaargh..!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahah penyakit kita sama! Dulu2 pun akak kalau beli benda cantik, tak guna sebab sayang ;)

      Padam
  12. nampaknya scrap book ni mmg sesuai tuk akak..leh pegi cari..Daiso RM5..kalau di Japan RM3 je..ehh..JM ni akan takkan sampai ke sana nko nak cari :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya masa beli pun terfikir,..buku skrap ni sesuai bangatt utk Kak JM. Tapi, akak suka tak buat scrapbook? :)

      Buku tu naik kapal, tu yg sampai Msia jadi RM5

      Padam
  13. akak.. kite ni kalau pergi daiso, hinode, mr.diy... mate mmg berpinar kak tengok brg kraf. haha ape lah nasib minat kat situ. murah2 pulak tu. kite paling suke pegy mr.diy.. alahaiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah, Nur. Akak pun paling suka gi Mr.DIY. Harga barang2 kraf kat situ mmg berbaloi-baloi!

      Padam
  14. Mna nak dapatkan cardstock paper

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cari di kedai buku besar seperti Popular atau kedai jual peralatan utk papercrafts

      Padam
  15. Cantik sgt scrapbook ni, kena dgn jiwa mekja design cenggini.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.