Rabu, November 26, 2014

Potongan 20% untuk Material Kraf di POPULAR

Cepat! Cepat! Siapa yang suka crafty things, suka buat kad, buat scrapbook, bergegaslah ke cawangan POPULAR yang terdekat. Sekarang ni kedai buku POPULAR sedang menganjurkan SALE besar-besaran! Ada tawaran menarik Back to School,..ada jualan penghabisan stok. Tetapi, yang paling buat saya excited, ada promosi untuk barang-barang dan peralatan kraf PopArtz (rangkaian produk keluaran POPULAR sendiri). Potongan sehingga 20%!

Diskaun 20% untuk embellishments, punches dan scrapbooks.
Masa promosi beginilah saya selalu pergi borong hiasan-hiasan untuk kraf kertas saya. Berbaloi! Boleh beli extra barang sepek dua :) Nanti niat nak beli fonts stickers dan beberapa chip embellishments. Tetapi, kalau nak banyak pilihan, kena pergi ke cawangan-cawangan besar POPULAR. Selalu cawangan kecil tak ambil sangat stok untuk kraf. Kalau ada pun, sedikit je.

Oh ya, promosi di atas sah untuk pemegang kad POPULAR sehingga 14 Disember 2014 (Promosi PopClub). Untuk sale yang lain (buku-buku dan alat tulis) rasanya sampai hujung tahun.


37 ulasan:

  1. kalau gitu, nak pergi jugalah. nak wat preparation untuk anak awal2. hihik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergilah, Mama. Buat preparation utk yang sulung tu. Banyak juga alat tulis yang murah2 :)

      Padam
  2. hehehe.. dah lame tak menjejakkan kaki kat Popular...

    apo lah punya orang ni kan.. heee

    BalasPadam
  3. Wah, macam best..nak serbu popular la nanti tgk ada sale ape lagi..heheh :)

    BalasPadam
  4. wah bestnya. bole borong novel gini. kekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nadya,..novel banyak diskaun! Ada 20%, ada sampai 25% :)

      Padam
  5. dah lama xbuat kad popular..sejak masuk stdy memang dh tak buat dh....slalu kumpul duit dan dpt baucar buku beli time pesta buku antarabangsa....
    ok la tur sis, beli siap2 barang tue.. jimat sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu akak tak layak dapat baucer :(
      Betul, Zarul. Peruntukkan bajet sikit, beli siap2 time tengah murah. Then boleh senyummmm!

      Padam
  6. Nie kena bagitau mak saya ni. Sebab nak bawa mak beli barang sekolah adik cepat-cepat. Haha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, nanti time nak bukak sekolah penuh sesak ngan orang.

      Padam
  7. saya masuk bookstore,pandang buku ja kak..hehehe.. benda mcm ni pandang sekilas ja..

    BalasPadam
  8. shopping sakanlah Kak Farrah lepas ni. btw parcel dah selamat sampai last week lagi but since i just reached penang jadi barh dapat bukak. God..!! sangat terharu tau. even my relatives pun dont support me like that tau Kak Farrah.. wait until i hev the mood nak blogging then ill write something for u ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala, apa sangatlah yang akak bagi tu, CT. Yang penting, CT suka! Itu dah buat akak happy dah! :)

      Padam
  9. akak, nanti ada rezeki, pergila one utama. banyak sangat kedai kraf!! saya ingat kak Farrah je. comel sangat kedai dia.. ^^, tapi saya nak beli pun, x tahu nak buat apa nnti. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu kalau kat One Utama akak memang akan singgah Craft Haven. Memang rambang mata! Tapi barang2 kat situ a bit pricey. Kena tunggu betul2 ada budget. Nway, thanks Amy :)

      Padam
  10. ahahaha...kalau jenis sis yg x minat barang craft ni x lah teruja kan..x kreatif tu ..adik minta balut hadiah pun kerta tu kelepek sana kelepek sini nampak x kemas lastnye dia buat sendiri

    BalasPadam
  11. Waahh kak, pergi lah grab. ming ming
    Kite ni nak pergi popular kena fikir dua tige kali sebab takdo duet. haha

    sape nak pinjam kad kite? nah nah *pegang kad popular*

    BalasPadam
  12. erk,tak minat la kraf2 ni semua sebab tak kreatif. hehe.

    BalasPadam
  13. Ayu kalau tgk popular ke kedai buku masuj tpt2 kraf mmg igt kt akk je... hahahah kemaen xcted la kak farrah ade promo cmni kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe memang teruja Ayu. Tapi kena ukur ketebalan dompet gak. Kalau tak menjelang hujung bulan, muka dah kemek sebab bajet lari :)

      Padam
  14. Balasan
    1. Betul. Promo buku sekolah kat POPULAR best2 gak..

      Padam
  15. Embellishments tu saya baru tau dari entri2 k.Farrah. Tapi, satu hal nak cari apa yang seswai tu pun tak tau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk permulaan, Shikin boleh beli ikut tema tertentu. Contohnya Happy Birthday. Takpun beli embellishments yang general. Flowers, butterflies,...sesuai untuk apa2 tema :)

      Padam
  16. akak ada tambah koleksi tak? nnti update taw!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sudah tambah! sudah tambah! nanti insya Allah akan akan share kat sini ;)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.